Pertembungan liga hujung minggu ini menjadi pentas terbaik buat Manchester United menebus kehampaan tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu. Barisan Sir Alex Ferguson perlu melupakan segera kekalahan kepada FC Basel hingga menyebabkan mereka terpaksa bersaing di Liga Europa, sebaliknya menggunakan kesempatan untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga ketika ini, Manchester City. Ini adalah kesempatan terbaik buat The Red Devils yang akan menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers untuk memberi tekanan kepada City yang berdepan tugas getir di Stamford Bridge. Kemenangan United ke atas Wolves tentunya akan menghadirkan tekanan buat City yang perlu berdepan kebangkitan Chelsea di gelanggang lawan. Ramai pemerhati menganggap United berdepan detik sukar sejak mereka kehilangan khidmat dua perancang utama, Anderson dan Tom Cleverley akibat kecederaan, hinggakan prestasi hebat di awal musim sukar untuk mereka kekalkan. Langkah Ferguson menggunakan Wayne Rooney sebagai pemain tengah nampaknya masih belum membuah hasil dan kecederaan yang dialami Javier Hernandez dan Nemanja Vidic tambah memburukkan lagi keadaan. Hernandez bakal terlepas aksi selama sebulan manakala Vidic yang diusung keluar di St Jakob Park, Khamis lalu bakal diketepikan hingga akhir musim. Hernandez dan Vidic menyertai kembar da Silva, Michael Owen, Dimitar Berbatov, Darren Fletcher, Anderson dan Cleverley dalam senarai pemain di bilik rawatan United, situasi yang tentunya menggembirakan bos Wolves, Mick McCarthy. Wolves yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Sunderland minggu lalu pastinya mahu mengulangi pencapaian musim lalu ke atas United. Untuk rekod, Wolves merupakan pasukan pertama yang berjaya menamatkan rentetan rekod tanpa kalah United musim lalu apabila mereka mencatatkan kemenangan 2-1 di Molineux. Sementara itu, pertahanan United, Rio Ferdinand mahukan rakan-rakan sepasukannya segera melupakan kekalahan di Liga Juara-Juara dengan menjadikan pertemuan ini sebagai medan kebangkitan semula. Ferdinand memberi amaran Wolves bakal menjadi mangsa pertama kekecewaan pasukannya akibat tersingkir dari saingan tertinggi kelab-kelab Eropah itu. Glory Glory Manchester United!!!
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Rio Ferdinand, Jonny Evans, Chris Smalling, Patrice Evra, Phil Jones, Michael Carrick, Nani, Ashley Young, Wayne Rooney & Danny Welbeck
Tiada ulasan:
Catat Ulasan