Kekuatan dan kepantasan Drogba dilihat menjadi aset kepada penyerang antarabangsa Ivory Coast itu dan sumbangannya antara penyebab Chelsea unggul di puncak liga ketika ini. Keupayaan Drogba bukan setakat hanya menjaringkan gol malah dia juga kerap membantu rakan sepasukan mencipta gol buat Chelsea. Berbeza dengan Drogba, Rooney dianggap sebagai pemain berpasukan yang baik. Rooney akan memberikan segenap tenaganya dalam setiap perlawanan, seolah-olah tiada istilah penat dalam diri penyerang England itu. Rooney akan berlari segenap padang untuk merampas bola dari penguasaan lawan dan sebagai penyerang, Rooney juga tidak mementingkan diri. Ketepatan umpanan dan hantarannya kepada rakan juga lebih baik dari Drogba yang kadangkala dianggap pemalas kerana gagal merebut bola kembali apabila lawan menguasainya. Untuk perlawanan malam ini, Ferguson mungkin akan membiarkan Rooney berseorangan di hadapan sambil meletakkan Michael Carrick, Anderson, Darren Fletcher, Nani dan Ryan Giggs/Paul Scholes untuk menguatkan bahagian tengah.
08 November 2009
Pertembungan Rooney-Drogba

07 November 2009
Rooney: Ingin Akhiri Karier Bersama United
06 November 2009
Kecederaan Kembali Hantui Ferdinand
05 November 2009
Valencia Mahu Jaringkan Lebih Banyak Gol
"Menjaringkan tiga gol buat United setakat ini sesuatu yang baik buat saya dan saya amat berpuashati dengan penampilan bersama pasukan setakat ini", kata Valencia. Menurut Valencia, United yang dibarisi ramai pemain bintang akan banyak membantu dirinya berkembang menjadi pemain yang lebih baik. "Saya dikelilingi ramai pemain handalan di sini dan saya berharap ini akan membantu saya menjadi pemain yang lebih baik", katanya lagi. Saya bermain di posisi yang sesuai dalam pasukan dan menjaringkan gol bukanlah satu-satunya matlamat saya. Saya juga harus melakukan hantaran, bertahan dan perlu merencanakan permainan dengan lebih bijak bersama rakan sepasukan".
04 November 2009
United Layak Ke Pusingan Kalah Mati
03 November 2009
United Waspada Kebangkitan CSKA Moscow
Manchester United lwn CSKA Moscow
(4 November 2009, Old Trafford, Manchester)
Dengan pasukan pelawat perlu menang dalam perlawanan ini untuk menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan kalah mati, Ferguson berharap pasukannya tidak leka melayani ancaman CSKA nanti. "Perlawanan ini akan menjadi lebih sukar jika dibandingkan dengan perlawanan pertama ditempat mereka. Situasi kini ialah mereka perlu menang untuk layak dan pastinya tentangan lebih sengit akan mereka berikan", kata Ferguson. Dengan pasukan lawan yang dilihat dibelenggu masalah selepas memecat Juande Ramos sebagai jurulatih mereka, Leonid Slutsky yang dilantik sebagai pengganti akan memikul cabaran besar apatah lagi terpaksa membawa pasukannya kesalah sebuah stadium paling sukar di Eropah dalam misi menghidupkan peluang mereka melangkah ke pusingan seterusnya.
01 November 2009
United Teruskan Tekanan Ke Atas Chelsea
Lain-lain Keputusan Perlawanan:
Arsenal (3) lwn Tottenham Hotspurs (0)
Bolton (0) lwn Chelsea (4)
Burnley (2) lwn Hull City (0)
Everton (1) lwn Aston Villa (1)
Fulham (3) lwn Liverpool (1)
Portsmouth (4) lwn Wigan Athletic (0)
Stoke City (2) lwn Wolverhampton (2)
Sunderland (2) lwn West Ham (2)