Krisis kecederaan barisan pertahanan membelenggu Sir Alex Ferguson ketika pasukannya memikul tugas berat berdepan Chelsea yang kini berada dalam prestasi terbaik mereka di Stamford Bridge malam ini. United pastinya akan kehilangan khidmat Rio Ferdinand dan mungkin juga Nemanja Vidic, kedua-duanya tidak diturunkan ketika United menerima kunjungan CSKA Moscow dalam kempen Liga Juara-Juara minggu lalu di Old Trafford. Jika kedua-dua tonggak pertahanan itu tidak dapat diturunkan, Ferguson terpaksa bergantung kepada Wes Brown dan Jonny Evans untuk mengemudi bahagian pertahanan tengah sambil berharap kedua-duanya mempu menangani ancaman Dedier Drogba yang dikatakan sedang menikmati prestasi terbaiknya ketika ini. Kedua-dua pasukan sememangnya tidak bergantung kepada hanya seorang pemain sahaja tetapi Wayne Rooney dan Drogba pastinya menjadi tumpuan dalam perlawanan ini. Rooney kini telah mengumpul tujuh gol di peringkat liga, hanya dua gol dibelakang Drogba dan pertembungan antara kedua-dua penggempur ini pastinya menarik untuk disaksikan.
Kekuatan dan kepantasan Drogba dilihat menjadi aset kepada penyerang antarabangsa Ivory Coast itu dan sumbangannya antara penyebab Chelsea unggul di puncak liga ketika ini. Keupayaan Drogba bukan setakat hanya menjaringkan gol malah dia juga kerap membantu rakan sepasukan mencipta gol buat Chelsea. Berbeza dengan Drogba, Rooney dianggap sebagai pemain berpasukan yang baik. Rooney akan memberikan segenap tenaganya dalam setiap perlawanan, seolah-olah tiada istilah penat dalam diri penyerang England itu. Rooney akan berlari segenap padang untuk merampas bola dari penguasaan lawan dan sebagai penyerang, Rooney juga tidak mementingkan diri. Ketepatan umpanan dan hantarannya kepada rakan juga lebih baik dari Drogba yang kadangkala dianggap pemalas kerana gagal merebut bola kembali apabila lawan menguasainya. Untuk perlawanan malam ini, Ferguson mungkin akan membiarkan Rooney berseorangan di hadapan sambil meletakkan Michael Carrick, Anderson, Darren Fletcher, Nani dan Ryan Giggs/Paul Scholes untuk menguatkan bahagian tengah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan