01 November 2009

United Teruskan Tekanan Ke Atas Chelsea

Ryan Nelson of Blackburn Rovers challenges Antonio Valencia of Manchester United
Dimitar Berbatov dan Wayne Rooney kembali meletakkan Manchester United di landasan kemenangan apabila gol dari kedua-dua penyerang itu membantu Red Devils menewaskan Blackburn 2-0 awal pagi tadi. United kini berada ditangga kedua liga dengan 25 mata, dua mata dibelakang pendahulu Chelsea yang menewaskan Bolton Wanderers di Stadium Reebok malam tadi. United mengawal permainan sejak wisel permulaan ditiupkan dengan memaksa anak-anak buah Sam Allardyce berkumpul di kawasan mereka sendiri. Walaupun turun tanpa Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic dibenteng pertahanan, pelawat gagal menggunakan peluang untuk mengancam benteng United yang diterajui Wes Brown dan Jonny Evans. Mungkin cuba mengambil pengajaran dari corak permainan Liverpool ketika membenam United minggu lalu, pelawat mempamerkan aksi keras untuk cuba mengganggu tempo permainan tuan rumah. United memperolehi peluang terbaik melalui tandukan Berbatov diminit ke 30 tetapi berjaya ditepis keluar Paul Robinson. United sekali lagi memperolehi peluang terbaik diminit ke 43, tetapi percubaan Rooney ke arah gawang ditampan Gael Givet.

Bersambung di babak kedua, United dilihat masih sukar menembusi kubu pelawat yang bermain secara bertahan sehinggalah Berbatov melerai kebuntuan diminit ke 55. Berbatov yang menerima hantaran dari Patrice Evra, bijak memusingkan badan untuk melepaskan rembatan ke sebelah kanan gawang lawan. Selepas itu barulah pelawat kembali bermain secara terbuka dalam usaha mencari gol penyamaan namun tetap gagal menembusi gawang yang dikawal Edwin Van Der Sar. Rooney akhirnya mengesahkan kemenangan buat United apabila menjaringkan gol kedua diminit ke 87. Penyerang antarabangsa England itu yang menerima hantaran dari Anderson disebelah kiri, berjaya melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Robinson. United berpeluang menambah jaringan selepas itu melalui Gabriel Obertan dan Michael Owen tetapi percubaan dari kedua-dua pemain itu sedikit tersasar disebelah kanan gawang lawan.

Lain-lain Keputusan Perlawanan:

Arsenal (3) lwn Tottenham Hotspurs (0)
Bolton (0) lwn Chelsea (4)
Burnley (2) lwn Hull City (0)
Everton (1) lwn Aston Villa (1)
Fulham (3) lwn Liverpool (1)
Portsmouth (4) lwn Wigan Athletic (0)
Stoke City (2) lwn Wolverhampton (2)
Sunderland (2) lwn West Ham (2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan