03 November 2009

United Waspada Kebangkitan CSKA Moscow

Liga Juara Eropah - Kumpulan B

Manchester United lwn CSKA Moscow
(4 November 2009, Old Trafford, Manchester)

http://www.sportm.ro/files/ferguson9.jpg
Manchester United berhadapan tugas besar dalam tempoh seminggu kerana perlu menang ke atas CSKA Moscow bagi mengesahkan tempat kepusingan kalah mati Liga Juara dan perlu berdepan Chelsea di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini. Kedua-dua perlawanan begitu penting buat anak-anak buah Sir Alex Ferguson kerana jika menang awal pagi nanti, United akan menempah laluan selesa dalam kempen Liga Juara manakala kunjungan mereka ke Stamford Bridge pula menggambarkan keupayaan sebenar United dalam misi memburu kejuaraan kali keempat berturut-turut EPL. Untuk rekod, United menang ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan kempen mereka di Eropah namun Ferguson memilih pendekatan lebih berhati-hati dalam melayani kunjungan gergasi Russia itu kali ini.

Dengan pasukan pelawat perlu menang dalam perlawanan ini untuk menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan kalah mati, Ferguson berharap pasukannya tidak leka melayani ancaman CSKA nanti. "Perlawanan ini akan menjadi lebih sukar jika dibandingkan dengan perlawanan pertama ditempat mereka. Situasi kini ialah mereka perlu menang untuk layak dan pastinya tentangan lebih sengit akan mereka berikan", kata Ferguson. Dengan pasukan lawan yang dilihat dibelenggu masalah selepas memecat Juande Ramos sebagai jurulatih mereka, Leonid Slutsky yang dilantik sebagai pengganti akan memikul cabaran besar apatah lagi terpaksa membawa pasukannya kesalah sebuah stadium paling sukar di Eropah dalam misi menghidupkan peluang mereka melangkah ke pusingan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan