Euro 2012 adalah penyertaan pertama Danny Welbeck dalam kejohanan besar bersama skuad kebangsaan England. Pusingan akhir Euro 2012 juga bolehlah dianggap sebagai platform terbaik buat Welbeck memperolehi pengalaman berguna buat mematangkan lagi permainannya, terutamanya apabila pulang semula ke Old Trafford nanti. Welbeck adalah salah seorang penyerang muda dari akademi United yang berjaya diketengahkan Sir Alex Ferguson, dan dianggap sebagai penyerang masa depan buat skuad The Three Lions amnya dan United sendiri khasnya. Sir Matt Busby ketika mengambilalih jawatan pengurus dari Stan Pearson pasca perang dunia pertama memulakan langkah membangunkan semula pasukan berteraskan bakat-bakat muda dan beliau mula menandatangani pemain-pemain amatur untuk diserapkan ke dalam pasukan. Busby berjaya mengesan bakat muda seperti Dennis Viollet, yang kemudiannya muncul sebagai seorang penyerang cukup produktif dengan 159 gol dari 259 penampilan bersama United. Alan Gowling memiliki kerjaya singkat bersama United untuk tempoh 5 tahun (1057-62) dengan 71 penampilan dan menjaringkan 18 gol. Phil Chisnall pula tampil sebanyak 35 perlawanan bersama United untuk tempoh selama 5 tahun (1959-64). Kemudian muncul pula Brian Kidd pada 1967, penyerang kelahiran Collyhurst yang juga merupakan salah seorang anggota dari skuad yang berjaya menjulang Piala Eropah pertama pada 1968 selain muncul antara penjaring gol ketika menewaskan Benfica 4-1 di perlawanan akhir tersebut. Di era 70'an pula muncul Andy Ritchie (1077-80) dan kemudiannya Mark Robins pula di era pertengahan 80'an hingga awal 90'an. Robins pada awalnya diharapkan mampu menjelmakan semula kehebatan Dennis Law di era sebelumnya tetapi menghabiskan tempoh selama enam tahun (1986-92) dengan hanya 11 gol dari 48 penampilan. Meskipun kesemua penyerang yang disenaraikan di atas adalah dari generasi berbeza, tetapi mereka semua mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah warga England dan tampil dalam skuad utama United pada usia 17 tahun. Wayne Rooney adalah bakat muda yang berjaya diketengah dalam skuad United pada 2004, namun Rooney bukanlah penyerang yang dilahirkan dari akademi United sendiri, tetapi sebaliknya Ferguson terpaksa mengeluarkan dana sebesar 25.5 juta Pound untuk membawa Wazza dari Goodison Park ketika penyerang itu berusia 19 tahun. Akhirnya selepas sekian lama, Danny Welbeck, penyerang kelahiran Longsight yang bakatnya dipupuk dari akademi United sendiri berjaya diketengahkan Ferguson. Musim lalu, Welbeck menjaringkan 12 gol dari 27 penampilan bersama United hingga menarik perhatian pengurus England, Roy Hodgson menyenaraikannya dalam skuad The Three Lions di Euro 2012. Welbeck tampil buat pertama kali dalam skuad utama United pada usia 18 tahun (2008) tetapi kemudiannya menghabiskan tempoh selama 2 tahun dipinjamkan ke Preston North End dan Sunderland untuk menimba pengalaman. Welbeck dipanggil semula pulang ke Old Trafford musim lalu selepas dia cemerlang bersama Sunderland hinggakan Steve Bruce (pengurus Sunderland ketika itu) mahu mendapatkan khidmatnya secara tetap.
Dengan Michael Owen yang sudahpun melangkah keluar dan Dimitar Berbatov pula bakal menyusul, United dipercayai mahu membawa masuk sekurang-kurangnya satu nama besar di pasaran perpindahan musim panas nanti untuk menguatkan jentera serangan mereka bagi mencukupkan kuota 4 penyerang (ketika ini United sudahpun mempunyai Rooney, Chicharito dan Welbeck). Borussia Dortmund sudahpun meletakkan tanda harga sebanyak 30 juta Pound ke atas Robert Lewandowski, penyerang yang dikatakan menjadi sasaran United. United sebenarnya tidak perlu membayar untuk angka `tidak masuk akal' ke atas Lewandowski jika mereka percaya, Welbeck mampu memikul tanggungjawab berada di samping Rooney selaku penggempur utama musim hadapan. Welbeck sepatutnya tidak mengulangi nasib buruk yang menimpa perantis seperti Andy Ritchie kira-kira 32 tahun lalu, apabila Dave Sexton membeli Joe Jordan dari Leeds United dengan harga 350,000 Pound (rekod perpindahan England ketika itu), sekaligus memaksa Ritchie memilih jalan keluar. Kehadiran penyerang berpengalaman seperti Jordan menyebabkan pemain muda seperti Ritchie sekadar memanaskan bangku simpanan dan akhirnya beliau memilih jalan keluar dengan menyertai Brighton (1980) pada usia 20 tahun. Apa yang perlu ketika ini ialah agar Ferguson bersabar dan memberikan lebih banyak peluang buat Welbeck beraksi di peringkat tertinggi supaya penyerang muda sepertinya mampu menggilap ketajaman ketika berada di kawasan gol lawan. Sebagai bekas pemain yang pernah menyertai United, Ritchie menasihatkan Welbeck agar menggunakan segala peluang yang diperolehi ketika diberi kesempatan bermain oleh Ferguson dengan sebaik-baiknya. Kesempatan untuk seorang anak tempatan memperolehi peluang di kelab besar seperti United sukar diperolehi dalam era bolasepak moden, melainkan pemain itu memang benar-benar bagus seperti yang telah dibuktikan oleh Rooney. Welbeck bermain dengan baik ketika menentang Perancis pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di Euro 2012 dan menjaringkan gol kemenangan menarik buat England dengan menggunakan tumit ketika menentang Sweden pada perlawanan kedua. Kejohanan besar seperti Euro adalah pentas yang sukar untuk pemain muda seperti Welbeck tetapi ia juga tempat terbaik untuknya menimba pengalaman berguna. Euro 2012 akan menguji sejauh mana kemampuan Welbeck bila berdepan pemain-pemain pertahanan terbaik di seluruh Eropah dan pastinya akan menjadikan Welbeck sebagai pemain yang lebih dewasa. Welbeck merupakan penyerang yang pantas serta gemar menggelecek di celah-celah pertahanan lawan dan bagi Ritchie, itu membuktikan bahawa Welbeck adalah pemain yang berkeyakinan tinggi ketika memegang bola dan perkara itu bagus buat pemain muda sepertinya. Ketika ini penyokong-penyokong United tampak seperti mahu melihat seorang penyerang bertaraf antarabangsa di bawa masuk musim panas ini, namun kebolehan penyerang muda yang dilahirkan dari akademi United sendiri seperti Welbeck tidak harus diketepikan. Ritchie percaya nasib Welbeck tidaklah seburuknya dan yakin penyerang muda itu akan terus bertahan di Old Trafford sambil mengingatkan bahawa inilah penyerang masa depan United. Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan