Donny
Van de Beek datang secara `senyap-senyap’ di tengah-tengah keributan usaha
Manchester United mendapatkan khidmat Jadon Sancho. Siapa sangka ketika
kebanyakkan penyokong United obses menanti akan prospek ketibaan Sancho ke Old
Trafford yang entah bila akan terjadi, kelab melakukan kejutan dengan merekrut
Van de Beek dari Ajax Amsterdam. Tiada publisiti berlebihan, tiada juga rumour
yang bertiup kencang kerana proses perpindahan pemain tengah Belanda itu
berlaku dalam tempoh hanya seminggu.
Dalam
hal ini, United memanfaatkan sepenuhnya hubungan baik mereka dengan Ajax
menerusi Edwin Van der Sar dalam merealisasikan proses perpindahan ini meskipun
Real Madrid turut dilaporkan berminat mendapatkah khidmat pemain berusia 23 tahun
itu. £40 juta bukanlah masalah yang terlalu besar untuk United, tetapi dengan
wang sebanyak itu kelab sebenarnya berjaya mendapatkan seorang pemain tengah
yang `complete’.
Van
de Beek merupakan seorang midfielder yang versatile kerana
kebolehan beliau berperanan sebagai pemain tengah (central midfielder),
pemain tengah menyerang (attacking midfielder) dan box to box
midfielder. Secara peribadi saya berharap United berjaya mendapatkan
seorang pemain yang tepat dalam `spesifikasi’ bolasepak moden menerusi
perpindahan Van de Beek ini. Pada usia 23 tahun, secara teknikalnya Van de Beek
boleh dikategorikan sebagai pemain muda, tetapi tidak aksinya di atas padang.
Penampilan
pemain kelahiran Nijkerkerveen itu di atas padang jauh lebih matang berbanding
usianya dari sudut teknik hinggalah kepada kekuatan mental yang dimilikinya.
Versatiliti permainan Van de Beek bukanlah perkara baharu, kerana ketika era
remajanya, beliau sudah `diasah’ untuk berperanan lebih dari satu posisi. Boleh
bertindak sebagai `anchorman’, juga sebagai central midfielder
dalam skema tiga pemain tengah, atau berperanan sebagai box to box midfielder
dalam formasi dua pemain tengah.
Meskipun
begitu, secara spesifiknya, Van de Beek mampu memberikan impak yang sangat
signifikan jika beliau diletakkan di sebelah kanan dalam skema tiga pemain
tengah menerusi peranan sebagai box to box midfielder yang biasa dimainkannya.
Versatiliti dalam permainannya membolehkan Van de Beek memikul peranan sebagai
pemain nombor 6, nombor 8 atau bergerak di belakang penyerang. Paling penting
beliau turut memiliki kualiti yang sama bagus ketika melakukan kerja-kerja
bertahan mahupun menyerang.
Dalam
situasi offensive, Van de Beek memiliki kemampuan yang baik dalam
menjaringkan gol. Dalam tempoh tiga musim terakhir, beliau berjaya menjaringkan
28 gol di Eredivisie, manakala di peringkat Eropah pula Van de Beek
menghasilkan enam gol dalam dua kempen terakhir Ajax di Liga Juara-Juara.
Bagaimana pula dengan kemampuan beliau ketika bertahan? Mengikut catatan
WhoScored.com, Van de Beek melakukan purata dua tackle dalam setiap
perlawanan atau secara keseluruhannya 62 tackle dilakukannya sepanjang
musim lalu.
Apa
yang mampu ditawarkan Van de Beek kepada United? Musim lalu, Bruno Fernandes
muncul pemain tengah yang paling banyak terlibat dalam penghasilan gol-gol
untuk United, sama ada menerusi bantuan gol atau jaringan-jaringan yang
dihasilkannya. Atau lebih tepatnya sepanjang fasa kedua liga berlangsung,
United sangat bergantung kepada Bruno untuk mencipta peluang atau menghasilkan
jaringan dari seorang pemain tengah.
Ketika
Paul Pogba yang diarah untuk bermain lebih ke dalam, manakala Scott McTominay
dan Fred pula bukanlah type `goal scoring mid’, Van de Beek pula bakal menjadi
`pendamping’ yang ideal untuk Bruno sekaligus mengurangkan kebergantungan
United kepada beliau dalam kerja-kerja mencipta peluang jaringan gol, atau
melakukan umpanan-umpanan tepat terus kepada rakan di barisan hadapan.
Dalam
skema permainan Ajax yang berorientasikan serangan, Van de Beek sering
diberikan peranan sebagai `anchor’ ketika melakukan gerakan, selain
tugasnya sebagai `pelindung’ di garis hadapan benteng pertahanan mereka dalam
situasi defensif. Jika peranan serupa diberikan kepadanya nanti, Paul Pogba
akan bermain sedikit ke belakang sebagai deep-lying playmaker kerana kualiti
bertahan yang dimilikinya.
Pogba
pada musim lalu berperanan sebagai pemain nombor 8, akan kembali diplotkan
sebagai pemain nombor 6, mirip dengan apa yang pernah dilakukan Patrick Vieira
untuk Arsenal dahulu. Menerusi peranan sebagai box to box midfielder yang bakal
dimainkan Van de Beek nanti, beliau akhirnya akan menjadi pelengkap kepada
gandingan Bruno dan Pogba di zon tengah United dalam formasi 4-2-3-1.
Bagaimana
pula nasib Nemanja Matic, Scott McTominay atau Fred selepas kehadiran Van de
Beek nanti? Inilah dilema yang terpaksa dilalui oleh mana-mana pengurus ketika
mereka memiliki limpahan pemain di bahagian tengah. Sekiranya Ole Gunnar
Solskjaer mahu menurunkan salah seorang dari mereka untuk digandingkan bersama
trio Pogba-Van de Beek-Bruno, formasi 4-4-2 (diamond) boleh dijadikan pilihan.
Dalam
formasi ini, Matic, McTominay atau Fred akan berperanan sebagai pemain tengah
bertahan yang tugasnya dikhususkan untuk merebut bola atau melakukan
`kerja-kerja kotor’ bagi melindungi rakan di benteng pertahanan. Ini
membolehkan trio Bruno-Pogba-Van de Beek fokus untuk melaksanakan peranan
masing-masing tanpa terlalu terikat dengan kerja-kerja bertahan. Bruno akan bergerak
di belakang dua penyerang, Van de Beek berperanan sebagai pengatur aliran bola
dan Pogba pula bertindak sebagai free role.
Ingat
lagi apa yang dilakukan Pogba semasa di Juventus? Menerusi peranan (free role)
inilah beliau mempamerkan kemampuan terbaiknya sebagai pemain kerana tugas
untuk membantu pertahanan dan sebagai pengatur aliran bola sudah dijalankan
oleh Arturo Vidal dan Andrea Pirlo atau Claudio Marchisio. Jadi sama ada dalam
formasi 4-2-3-1 atau 4-4-2 (diamond), Van de Beek boleh dikategorikan sebagai
`pemain yang memenuhi spesifikasi bolasepak moden’.
Akhirnya
perpindahan Donny Van de Beek ke Old Trafford sudah diumumkan secara rasmi.
Berbanding Jadon Sancho, United akhir melunaskan pembelian seorang pemain yang memiliki
fleksibiliti di atas padang, pemain yang boleh Solskjaer turunkan dalam formasi
4-2-3-1, 4-3-3 atau 4-4-2 (diamond). £40 juta bukanlah harga yang terlalu mahal
untuk pemain `versatile’seperti beliau cuma apa yang mahu kita lihat
selepas ini ialah kemampuan beliau untuk beradaptasi dengan budaya bolasepak
Inggeris.
Kehadiran
Van de Beek menambahkan lagi senarai warga Belanda yang pernah menyarung jersi
United, bermula dari Arnold Muhren hinggalah yang terkini dan termuda seperti
Tahith Chong dan Timothy Fosu-Mensah. Menarik untuk melihat apakah beliau mampu
memberikan impak setaraf Ruud Van Nistelrooy, Jaap Stam, Edwin Van der Sar atau
Robin Van Persie? Atau gagal memenuhi harapan seperti Jordi Cryuff, Alexander
Buttner atau Memphis Depay? “Selamat Datang Ke Old Trafford Donny Van de Beek”.
Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan