Lupakan
Dayot Upamecano kerana pertahanan RB Leipzig itu sah bakal menyertai Bayern
Munich musim depan. Gagal mendapatkan tandatangan pemain antarabangsa Perancis
itu bukanlah penamat kepada usaha United bagi meningkatkan kualiti barisan
pertahanan mereka terutamanya membabitkan posisi pertahanan tengah. Masih ada
beberapa opsyen di luar sana yang boleh dipertimbangkan sekiranya Ole Gunnar
Solskjaer berhasrat meletakkan seorang pertahanan tengah baharu dalam radar
buruan beliau pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Jules
Kounde
Pemain
yang diberitakan bakal menggantikan posisi Sergio Ramos di Santiago Bernabeu.
Ada ciri-ciri permainan Ramos dalam diri Kounde kerana beliau sebenarnya jarang
melakukan tackle, intercept atau block tetapi statistik menunjukkan Kounde pemain
yang cukup bijak meletakkan dirinya di posisi yang tepat untuk memintas
pergerakan penyerang lawan. Selan daripada itu Kounde jarang melakukan
kesilapan-kesilapan mudah, bagus dalam duel bola tinggi selain kualiti hantaran
yang dimilikinya.
Kalidou
Koulibaly
Minat
United terhadap Koulibaly bukanlah subjek baharu kerana khabar angin tentang
pertahanan tengah Napoli ini sudah bertiup sejak beberapa musim lalu. Di
sebalik postur tubuh beliau yang tegap, Koulibaly turut dianugerahkan dengan
kepantasan yang tinggi bagi memintas sebarang pergerakan yang cuba dilakukan
lawan. Dan sudah tentu juga melakukan duel dalam situasi bola 50/50 dengan beliau
antara situasi yang seboleh mungkin cuba dielak oleh mana-mana penyerang lawan.
Dianugerahkan dengan kemampuan untuk membina serangan dan hantaran-hantaran
tepat dari belakang, Koulibaly adalah versi `Virgil Van Dijk’ untuk Napoli.
Raphael
Varane
Rakan
gandingan Sergio Ramos di benteng pertahanan Real selepas berakhirnya era Pepe
di Santiago Bernabeu. Sepertimana tipikal permainan Jules Kounde, Varane juga
jarang melakukan tackle yang berisiko dan sudah tentu juga corak
permainan beliau sangat kontras dengan rakan gandingannya, Ramos. Varane
melengkapi permainan Ramos di benteng pertahanan Real kerana kemampuan beliau
melakukan tackle yang tepat selain memiliki kepantasan dalam memintas
pergerakan penyerang lawan.
Jika
Ramos sering menghiasi tajuk-tajuk utama akhbar, Varane pula boleh dianggap antara
pemain Real yang underrated, tetapi sering menjalankan tugasnya di atas
padang dengan sangat berkesan. Jadi tidak hairanlah mengapa Zinedine Zidane
melabelkan beliau sebagai pemain yang `fenomenal’. Pada usia yang agak muda (27
tahun), Varane antara pilihan yang boleh dipertimbangkan terutamanya dalam memenuhi
ambisi Solskjaer yang obses membina kekuatan skuadnya bagi tempoh jangkamasa
panjang.
Pau
Torres
Memiliki
ketinggian 1.91m, Pau Torres memenuhi kriteria seorang pertahanan tengah yang
mampu mencabar mana-mana pemain lawan dalam situasi bola tinggi. Jika anda bercakap
tentang corak permainan beliau, Torres secara peribadi saya lihat memiliki permainan
mirip legenda United sendiri, iaitu Rio Ferdinand. Aset kepada permainan beliau
ialah ketenangannya ketika menguasai bola, dan meskipun bukan tergolong antara
pertahanan yang memiliki kepantasan tinggi di La Liga, kekurangan tersebut
diimbangi Torres menerusi kemampuannya membaca pergerakan lawan, lantas
menjadikan beliau pertahanan yang sukar ditembusi.
Memiliki
purata 55.26 hantaran dalam setiap perlawanan dengan peratus ketepatan hantaran
yang dilakukannya mencapai 86.2%, Torres sangat ideal untuk mana-mana pasukan
yang mengamalkan pendekatan permainan intensif dan bergerak dalam satu unit
seperti United. Seorang pertahanan tengah yang masih muda tetapi sudah meletakkan
dirinya selaku antara tonggak utama skuad `El Submarino Amarillo’,
Torres merupakan prospek yang bakal berada dalam kelompok antara pertahanan
tengah terbaik dunia sedikit masa lagi. Jangan lupakan juga fakta bahawa beliau
merupakan pemain berkaki kidal yang boleh bertindak di sebelah kiri pertahanan
tengah United.
Penutup
Meletakkan
seorang pertahanan tengah baharu dalam radar buruan antara fokus utama yang
perlu dilakukan Solskjaer pada jendela perpindahan musim panas nanti. Melihat
kepada prestasi Harry Maguire dan Victor Lindelof sejak kebelakangan ini, maka
tidak hairanlah mengapa penyokong-penyokong United begitu ghairah dengan
prospek kehadiran Sergio Ramos musim panas nanti. Berlaku atau tidak
perpindahan Ramos nanti bukanlah isu paling utama, kerana secara peribadi sukar
untuk United kembali ke podium kejuaraan jika terus meletakkan gandingan
Maguire/Lindelof dalam `back four layer’ mereka. “Attack wins you
games, defence wins you titles”. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan