Manchester
United hampir pasti melangkah ke pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Europa
selepas mereka mencatatkan kemenangan selesa (4-0) ke atas Real Sociedad pada
perlawanan pertama di Turin awal pagi tadi. Dua gol jaringan Bruno Fernandes
dan masing-masing satu dari Marcus Rashford serta Daniel James memastikan
United memiliki bekalan yang cukup selesa menjelang aksi kedua di Old Trafford
pada 25 Februari nanti.
Lagi-lagi
Bruno Fernandes, dah itulah yang dilakukan beliau sepanjang penampilannya di
Turin menerusi dua gol yang dijaringkannya di setiap babak perlawanan pada
penampilan ke-58 bintang Portugal itu untuk United. Dua gol yang diledak beliau
ke gawang Sociedad menyaksikan Bruno sudah menjaringkan sepuluh gol dalam
saingan Liga Europa sejak musim lalu. Lima gol diledak beliau ketika masih
menyarung jersi Sporting Lisbon dan lima lagi ketika bersama United.
Sepuluh
gol ini merupakan jumlah terbanyak berbanding mana-mana pemain yang masih
beraksi di pentas Liga Europa musim ini. Selain daripada itu, dua gol yang
beliau jaringkan awal pagi tadi menyaksikan Bruno sudah menghasilkan sembilan
gol untuk United dalam saingan peringkat Eropah. Jumlah ini meletakkan beliau
selaku pemain United paling produktif dalam penghasilan gol pada saingan Eropah
sejak menyertai United pada Februari tahun lalu.
Secara
keseluruhannya pula, Bruno telah terlibat dalam 52 gol dari 58 penampilan untuk
United di semua peringkat kejohanan (33 gol dan 19 bantuan gol). Statistik ini
menyaksikan beliau memiliki catatan penglibatan gol sepuluh kali lebih banyak
berbanding mana-mana pemain di Liga Perdana jika dihitung sejak penampilan
pertamanya untuk United hinggalah aksi menentang Sociedad awal pagi tadi.
Catatan ini sekaligus menunjukkan betapa signifikannya peranan Bruno dalam pola
permainan United.
Peranan
dan posisi beliau memungkinkan untuk Bruno lebih kerap terlibat dengan gol-gol
yang dihasilkan United. Sudah tentu sasaran beliau ialah membantu United
menjulang trofi Liga Europa musim ini selepas hampa disingkir Sevilla di peringkat
separuh akhir saingan musim lalu. “Sasaran saya ialah menjaringkan gol dan
mencipta bantuan gol sebanyak yang boleh. Tetapi perkara paling penting ialah membantu
pasukan memenangi trofi”, kata Bruno.
Kemenangan
ini bukan sahaja penting kepada survival United untuk cuba memenangi trofi
pertama mereka di era Ole Gunnar Solskjaer selaku pengendali, tetapi kemenangan
besar ini turut menyaksikan barisan The Red Devils mencatatkan rekod
baharu bolasepak Inggeris. Kemenangan (4-0) ini merupakan kemenangan terbesar
kelab Inggeris di gelanggang lawan ketika berdepan wakil Sepanyol dalam saingan
peringkat Eropah sejak kemenangan (3-0) Newcastle United ke atas Real Mallorca
pada Mac 2004. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan