Bekas bintang Perancis itu merupakan pemain kesayangan peminat United ketika eranya selama lima musim di Old Trafford.
Bagaimanapun, Cantona mengejutkan peminat fanatik United apabila mengumumkan persaraannya pada 1997.
Sepanjang kariernya di Old Trafford, Cantona membantu United menjulang kejuaraan Liga Perdana England buat kali pertama dalam tempoh 26 tahun pada musim 1992/1993.
Lebih membanggakan apabila dia membantu United meneruskan penguasaan dengan gelaran juara liga pada musim 1993/1994, 1995/1996, 1996/1997.
Kini selepas 12 tahun bersara daripada karier bola sepak, Cantona mengesahkan bahawa dia mahu kembali ke Old Trafford sebagai seorang pengurus.
"Saya tidak pasti sama saya betul atau tidak, tetapi sebagai seorang jurulatih, saya ada keyakinan," kata Cantona.
"Saya rasa saya perlu bekerja dengan pemain-pemain yang hebat. Cuba lihat Diego Maradona.
"Sebagai jurulatih sebuah kelab, dia hanya menang dua daripada 25 perlawanan.
"Sebagai jurulatih Argentina, ia banyak perbezaan dan keputusannya juga pasti berubah." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan