Tahun-tahun
Awal Penubuhan
Manchester United ditubuhkan pada 1878 dengan
nama asalnya Newton Heath dan bermain di padang kecil di North Road di Newton
Heath. Kelab ini ditubuhkan bagi tujuan rekreasi oleh pekerja-pekerja dari
Stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire. Selepas hampir muflis pada tahun
1902, kelab diambil alih oleh JH Davis dan ditukar nama kepada Manchester
United. Padang di Old Trafford telah dibom semasa perang dunia kedua
menyebabkan kelab ini meminta ihsan dari jiran mereka, Manchester City untuk
menggunakan padang di Maine Road buat seketika.
Sir Matt Busby |
Era Matt Busby (1945 - 1969)
Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus
pada tahun 1942 dan berjaya menamatkan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan
memenangi Piala FA pada tahun 1948. Beliau telah memperkenalkan polisi baru dengan
mengambil pemain dari pasukan belia dan telah memenangi liga pada 1956 dengan
purata umur pemain-pemainnya ialah 22 tahun. Pada musim berikutnya (1957),
United sekali lagi memenangi kejuaraan liga dan berjaya mara ke perlawanan
akhir Piala FA tetapi kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan
Inggeris pertama bertanding di Piala Eropah dan berjaya mara ke separuh akhir.
Tragedi telah menimpa pada 6 Februari 1958,
apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah
terhempas di Munich. Tragedi itu telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas
penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa United bakal menghadapi masalah
akibat kehilangan sebilangan besar pemain utama tetapi Jimmy Murphy yang
mengambil alih tugas pengurus buat sementara sehingga Matt Busby beransur pulih
menggunakan pemain-pemain simpanan yang ada. Mereka berjaya ke perlawanan akhir
Piala FA sekali lagi, tetapi tewas kepada Bolton Wanderers.
Busby membina kembali pasukan pada awal
1960-an, dengan mengikat pemain seperti Dennis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini
telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada
tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus
menjadi kelab Inggeris pertama yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga
terkenal kerana mempunyai tiga pemenang anugerah individu Pemain Bolasepak
Eropah Tahunan iaitu Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby akhirnya
bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh
jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf Mc
Guiness.
Pasca
Persaraan Matt Busby
Tommy Docherty |
United berusaha untuk mengantikan Busby, dan
selepas itu di bawah era tiga pengurus berbeza iaitu Wilf McGuiness, Frank
O'Farrell dan Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972.
Docherty, telah menyelamatkan United
dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada
tahun 1974. United kembali semula ke liga utama dan berjaya ke perlawanan akhir
Piala FA pada tahun 1976 tetapi tewas kepada Southhampton.
Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali
lagi pada tahun 1977 dan menewaskan Liverpool. Walaupun berjaya menjulang Piala
FA tetapi beliau tidak digemari oleh penyokong dan akhirnya Docherty dipecat
selepas perlawanan akhir kerana menjalinkan hubungan dengan isteri kepada
seorang ahli fisioterapi pasukan. Dave
Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977
dan melakukan pertukaran formasi kepada corak bertahan.
Keputusan ini dikecam oleh penyokong yang
telah biasa dengan corak serangan yang digunakan oleh Docherty dan Busby.
Selepas gagal memenangi sebarang trofi,
Sexton telah dipecat pada tahun 1981 walaupun telah memenangi tujuh perlawanan
terakhirnya. Ron Atkinson dilantik pengurus United seterusnya dan telah
memecahkan rekod perpindahan British dengan mengikat Bryan Robson dari West
Bromwich. Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper
Olson dan Gordon Stratchan yang yang digandingkan bersama-sama pemain remaja
seperti Norman Whiteside dan Mark Hughes.
Hasilnya United telah memenangi Piala FA pada
tahun 1983 dan 1985 serta menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim
1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, prestasi
United tiba-tiba jatuh selepas itu tetapi masih mampu menduduki tempat keempat
liga. Prestasi buruk telah berulang musim berikutnya, dan dengan United yang semakin
hampir di zon penyingkiran dari Divisyen Pertama, Atkinson akhirnya dipecat.
Era
Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson dianggap sebagai lagenda
Manchester United kerana pencapaiannya membawa United meraih 11 gelaran liga, 3
trofi Piala Liga, 5 trofi Piala FA, 1 Piala Juara-Juara Eropah, 1 Kejuaraan
Kelab Dunia dan 2 trofi Liga Juara Juara. Alex Ferguson tiba dari Aberdeen
untuk menggantikan tempat Atkinson dan musim pertamanya berjaya memimpin kelab
menduduki tempat ke 11 dalam carta liga.
Pada musim berikutnya (1987-88), United
menamatkan liga dengan menduduki tempat kedua. Walau bagaimanapun, United
terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan
pemain baru yang dibawa Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Ferguson
kerap kali dilaporkan hampir dipecat namun gol Mark Robins ke gawang Nottingham
Forest dalam pusingan ketiga Piala FA menjadi penyelamat kepada karier beliau.
Kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah (Cup Winners Cup) |
United mara ke perlawanan akhir dan kemudiannya
memenangi Piala FA selepas mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan. Pada
musim 1990/91 mereka memenangi Piala Juara-Juara Eropah selepas menewaskan
Barcelona di pentas final. United kemudiannya menamatkan musim 1992/93 sebagai
juara liga buat kali pertama semenjak 1967. Pada musim 1993/94, United
memenangi double (Piala FA dan Liga Inggeris) untuk kali pertama dalam sejarah
kelab.
United memenangi dua kejuaraan sekali lagi
pada musim 1994/95 dan muncul kelab England pertama menang kejuaraan double
(Piala FA dan Liga Perdana) sebanyak dua kali dan terus mempertahankan
kejuaraan Liga Perdana bagi musim 1996/97. Bagaimanapun kelab dikejutkan dengan
pengunduran Eric Cantona selepas bintang Perancis itu mengumumkan persaraan dari
arena bola sepak pada usia 30 tahun.
United memulakan saingan musim 1997/98 dengan
baik tetapi akhirnya menamatkan saingan di tempat kedua liga di belakang
Arsenal. Musim 1998/99 merupakan musim paling gemilang buat United di bawah
kendalian Ferguson di mana pada musim inilah United merakam sejarah gemilang
sebagai kelab England pertama dan satu-satunya yang berjaya memenangi treble
(Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara Juara).
Kejuaraan Treble 1999 |
United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana
pada perlawanan terakhir dengan menundukkan Tottenham Hotspurs 2-1, menewaskan
Newcastle United 2-0 dalam perlawanan akhir Piala FA dan mempamerkan
kebangkitan menakjubkan dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara menundukkan
juara Jerman, Bayern Munich 2-1. United
menang kejuaraan liga pada 2000 dan 2001 tetapi gagal mempertahankan trofi Liga
Juara-Juara.
Selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga
(pada musim 2001/02), United kembali menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana
pada musim 2002/03. Meskipun gagal mempertahankan kejuaraan liga pada musim
2003/04, kekecewaan penyokong sedikit terubat apabila barisan `The Red Devils’ berjaya menewaskan
Millwall di pentas final Piala FA. Musim 2004/05 antara musim paling malang
buat United apabila mereka gagal memenangi sebarang kejuaraan.
Penghijrahan kapten berpengaruh, Roy Keane
secara kontroversi ke Glasgow Celtic member kesan kepada prestasi kelab pada
musim 2005/06. Mereka gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga
Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh sedekad tetapi kejayaan memenangi
Piala Liga (Carling Cup) mengubat sedikit kekecewaan penyokong-penyokong
selepas United menewaskan Wigan Athletic 4-0 di perlawanan akhir.
Kejuaraan 2006/07 |
Di penghujung musim (2005/06), penjaring
prolifik kelab, Ruud Van Nistelrooy meninggalkan Old Trafford untuk menyertai
Real Madrid sekaligus melengkapkan lagi musim suram buat `The Red Devils’. Selepas mengharungi dua musim tanpa kejuaraan
liga, United akhirnya bangkit penuh bergaya di musim 2006/07 apabila berjaya
mengagalkan hasrat Chelsea yang ketika itu dibimbing oleh Jose Mourinho untuk
mencipta hatrik kejuaraan Liga Perdana.
United berjaya memenangi semula Liga Perdana
walaupun disaingi hebat oleh kelab dari utara London itu hingga kesaat akhir.
Bagaimanapun hasrat United untuk mendipta doubles tidak kesampaian apabila
mereka terpaksa akur selepas tewas 1-2 kepada `The Blues’ di pentas final Piala FA hasil jaringan kemenangan
Dedier Drogba. Musim 2007/08, Chelsea sekali lagi memberi saingan sengit kepada
United dalam perlumbaan mengejar kejuaraan Liga Perdana walaupun ketika itu
Mourinho telah dipecat dan digantikan dengan Avram Grant.
Kejuaraan 2007/08 |
United akhirnya berjaya mempertahankan
kejuaraan Liga Perdana dua musim berturut-turut setelah mengatasi skuad `The Blues’ itu dengan perbezaan 4 mata.
United dan Chelsea meneruskan persaingan mereka dalam Liga Juara Juara pula
apabila kedua-dua gergasi England itu bertembung dalam perlawanan akhir di
Moscow. United akhirnya berjaya menjulang trofi Liga Juara Juara buat kali
ketiga setelah mengetepikan Chelsea dalam penentuan sepakan penalti selepas
keputusan terikat 1-1 sepanjang 120 minit tempoh permainan.
Selepas kejayaan di Liga Juara-Juara, United
mengulangi kegemilangan mereka sebagai wakil Eropah di Kejuaraan Kelab Dunia
apabila muncul sebagai juara. Mereka menewaskan wakil Amerika Selatan, LDU
Quito (Peru) 1-0 di perlawanan akhir.
Kejayaan ini juga menyaksikan United muncul kelab kedua selepas AC Milan
(2007) yang berjaya merangkul kejuaraan ini. Pada musim 2008/09, United
memulakan liga dengan agak hambar.
Kebangkitan mereka hanya bermula pada bulan
Disember selepas kejayaan menjulang Kejuaraan Kelab Dunia dan berjaya memintas
Liverpool dari tangga teratas liga pada bulan Januari 2009. Walau diberi
saingan sengit oleh kelab dari Anfield itu namun United berjaya mengesahkan
kejuaraan milik mereka apabila mengikat Arsenal 0-0 di Old Trafford sekaligus
menutup terus sisa-sisa peluang Liverpool. Ini merupakan kejuaraan liga ke 18
milik United sekaligus menyamai pencapaian sepanjang masa Liverpool.
Dalam kancah saingan Liga Juara Juara, United
berjaya layak ke perlawanan akhir buat musim kedua berturut-turut dan
berpeluang muncul kelab pertama mempertahankan kejuaraan sejak trofi ini bertukar.
Bagaimanapun mereka terpaksa akur dengan kehebatan Barcelona apabila tewas 0-2
di Rome. Kekecewaan tewas di perlawanan
akhir Liga Juara-Juara berterusan buat peminat-peminat United apabila bintang
kesayangan mereka ketika itu, Cristiano
Ronaldo mengambil keputusan berhijrah ke Real Madrid.
Cristiano Ronaldo |
Perpindahan Ronaldo mencipta rekod dunia yang
baru apabila Real Madrid terpaksa mengeluarkan dana sebesar 80 juta Pound bagi
merelisasikan hasrat mereka membawa Ronaldo ke Santiago Bernabeu. Tanpa kelibat
Ronaldo, Sir Alex Ferguson masih mampu meletakkan United selaku pesaing utama
kejuaraan liga pada musim 2009/10. Selepas memberikan tentangan sengit hingga
ke akhir musim, United akhirnya terpaksa menyerahkan kejuaraan mereka kepada
Chelsea menerusi perbezaan hanya satu mata.
Biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Liga
Perdana, United berjaya mempertahankan trofi Piala Carling yang mereka menangi
pada musim 2008-09 selepas menewaskan Aston Villa 2-1 di perlawanan akhir.
Musim tersebut juga menyaksikan United gagal meneruskan kemaraan mereka di Liga
Juara-Juara selepas disingkirkan juara Bundesliga, Bayern Munich di suku
akhir. Walaupun terikat dengan agregat
4-4, Bayern layak ke separuh akhir menerusi peraturan gol ditempat lawan.
Kejuaraan
Ke-19 Liga Perdana
Kejuaraan Ke-19 |
United mencipta sejarah sebagai kelab paling
banyak memenangi kejuaraan liga di England apabila muncul juara untuk musim
2010-11. Biarpun musim tersebut
menyaksikan sekurang-kurangnya lima pasukan memberi saingan sengit dalam
perebutan takhta liga, United akhirnya berjaya memadam rekod yang dipegang
mereka bersama Liverpool (18 kejuaraan) dengan memenangi kejuaraan ke-19
mereka.
Walaupun agak perlahan di peringkat awal
saingan liga, United berjaya memintas kedudukan Arsenal di tangga teratas
menjelang bermulanya tahun baru 2011.
Chelsea yang sebelumnya dilihat gagal memberikan saingan, secara
tiba-tiba muncul pencabar utama dalam perlumbaan merebut kejuaraan tetapi United
akhirnya mengesahkan kejuaraan mereka selepas berjaya mengikat Blackburn Rovers
1-1 di Ewood Park hasil jaringan penalti Wayne Rooney.
Di akhir musim, United berjaya mengumpul 81
mata manakala Chelsea di tangga kedua dengan 71 mata. Kejayaan memenangi kejuaraan Liga Perdana
Inggeris bagaimanapun gagal diulangi United di pentas Liga Juara-Juara apabila
mereka sekali lagi terpaksa akur selepas tewas 1-3 kepada Barcelona di
perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Wembley. Selain gagal memenangi trofi Eropah, United
juga gagal mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas tewas 0-1 kepada jiran setempat mereka, Manchester City di
peringkat separuh akhir.
Kejuaraan
Ke-20 Liga Perdana
Musim 2011/12 antara musim yang akan dikenang
sampai bila-bila oleh penyokong-penyokong United. Gol kemenangan penghujung
perlawanan Sergio Kun Aguero ke atas Queens Park Rangers pada perlawanan
terakhir liga menyebabkan misi United mahu mempertahankan kejuaraan liga yang
mereka menangi musim sebelumnya sekaligus menjulang kejuaraan buat kali ke-20
musnah.
Musim 2011/12 juga boleh dianggap antara
musim paling sengit dengan dua kelab Manchester (United dan City) bersaing
sesama sendiri hingga ke perlawanan terakhir liga. Kecewa dengan kegagalan
United mempertahankan kejuaraan liga apatah lagi kepada musuh setempat mereka,
Sir Alex Ferguson melakukan pembelian 'besar' pada musim panas 2012 apabila
berjaya menandatangani Robin Van Persie (dari Arsenal), perancang tengah
Borussia Dortmund, Shinji Kagawa.
Kehadiran Van Persie yang juga merupakan
penjaring terbanyak liga musim sebelumnya (2011/12) segera memberikan impak
besar kepada keseluruhan persembahan United sepanjang musim 2012/13. Walaupun
pada peringkat awal saingan liga United berdepan krisis kecederaan di barisan
pertahanan, kekurangan itu diimbangi dengan ketajaman gandingan Van Persie
bersama Wayne Rooney di bahagian hadapan.
Kebimbangan pengendali (Manchester) City,
Roberto Mancini selepas Sir Alex berjaya menandatangani Van Persie memang
berasas apabila bekas penyerang Arsenal itu menjadi faktor penting kepada
kejayaan United merampas semula kejuaraan liga dari tangan pasukannya.
Ketajaman Van Persie di hadapan gawang (dengan 26 gol) membantu United merampas
semula trofi Liga Perdana dari 'jiran yang bising' itu.
Di akhir musim, United memiliki kelebihan 11
mata di hadapan City untuk keluar sebagai juara Liga Perdana bagi musim
2012/13. Kejuaraan Liga Perdana ke-20 yang diraih United ini turut menandakan
berakhirnya era gemilang Sir Alex Ferguson selama 26 tahun beliau mengendalikan
kelab di Old Trafford. Ini juga merupakan trofi terakhir dihadiahkan Ferguson selepas
pengendali lagenda itu mengumumkan persaraannya pada Mei 2013.
Selepas
Era Fergie
Selepas persaraan Sir Alex Ferguson, kelab nampaknya
masih tercari-cari tangan yang mampu mengembalikan semula kegemilangan `The Red Devils’. Sejak persaraan Fergie
juga, David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho nampaknya gagal meneruskan
legasi yang pernah ditinggalkan beliau atau pun Sir Matt Busby. Moyes hanya
mampu bertahan selama 10 bulan, Van Gaal pula cuma mampu menghabiskan dua dari
tiga musim kontraknya bersama kelab.
Mourinho yang disebut-sebut sebagai sosok
paling sesuai dan mampu membawa semula kegemilangan di Old Trafford turut
gagal. Datang penuh bergaya tetapi akhirnya terpaksa disingkirkan dengan penuh
keaiban akibat dari prestasi buruk di awal musim. Selain dari itu kegagalan,
beliau memotivasikan pemain-pemain, gagal mengawal bilik persalinan serta
pertelingkahan dengan beberapa pemain utama antara penyebab penyingkiran
Mourinho. Glory Glory Manchester United!!! - Azhar Johar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan