25 Februari 2009

Solskjaer Mahu Kekal Di MU, Tolak Tawaran Norway


OSLO - Penyerang Manchester United yang menjadi jurulatih, Ole Gunnar Solskjaer menolak untuk menjadi jurulatih pasukan Norway, sebaliknya mahu menumpukan perhatian dan bersama pasukannya memburu gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara Eropah.

"Ia sangat sukar untuk mengatakan tidak. Perkara paling besar yang perlu anda teroka sebagai pemain bola sepak Norway ialah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan," kata bekas penyerang Norway itu ketika ditemuramah TV-2. kelmarin.

Solskjaer yang berusia 38 tahun telah dipelawa oleh Persekutuan Bolasepak Norway yang sedang mencari jurulatih baru apabila Aage Hareide meletak jawatan Disember lalu selepas gagal untuk memenangi sebarang perlawanan pada 2008.

"Saya tidak rasa masanya sudah tiba untuk tugasan ini.

Namun ia sangat bagus apabila ia dipelawa," ujar Solskjaer.

Solskjaer berkata, dia sangat menghormati pengurus United, Alex Ferguson, ini bermakna dia tidak boleh meninggalkan tugasnya sekarang sebagai jurulatih pasukan simpanan.

"Ia memang sesuatu yang memberangsangkan memperoleh jawatan besar berbanding yang saya jawat sekarang tetapi saya masih mahu kekal di United.

"Saya menghormati ketua saya (Ferguson) jadi saya tidak akan meninggalkannya," katanya.

Norway telah memanggil Egil Olsen, jurulatih tempatan paling berjaya dalam sejarah untuk memegang jawatan tersebut buat sementara waktu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan