20 Februari 2009

Chelsea Boleh Lupakan Saingan Liga


LONDON - Pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menyokong pandangan pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang menganggap peluang Chelsea dalam perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini sudah berakhir.

Chelsea mempamerkan persembahan hambar sepanjang musim ini untuk berada di tangga keempat liga, sekali gus menyaksikan pengurusnya, Luiz Felipe Scolari dipecat dua minggu lalu.

Bagi Carragher, kehadiran Guus Hid- dink dalam skuad itu juga tidak mampu mengembalikan peluang Chelsea dalam saingan liga musim ini.

Rabu lalu, Alex mendedahkan bahawa persaingan liga kini hanya melibatkan skuad kendaliannya dan Liver- pool.

Liverpool ketika ini berada di tangga kedua liga, ketinggalan lima mata di belakang United yang mencatat kemenangan 3-0 ke atas Fulham kelmarin.

"Berjaya mengatasi Chelsea dan Arsenal dalam cabaran ini adalah satu kejayaan. Jadi kami perlu berbangga dengan pencapaian ini," jelas Carra- gher.

"Kami hanya menduduki tempat keempat musim lalu tetapi kini kami berada di hadapan Chelsea dan Arsenal. Buat masa ini, persaingan untuk memburu kejuaraan liga hanya membabitkan pasukan kami dengan United.

"Jadi kami berharap dapat melangkah setapak lagi dan memenangi gela- ran ini," ujarnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan