Pasukan Red Devils berpeluang menguasai ketiga-tiga gelaran tempatan begitu juga Liga Juara-Juara musim ini. Trofi pertama mungkin akan dimiliki hujung minggu ini apabila mereka berdepan juara bertahan, Spurs dengan prestasi tidak menentu untuk menempuh perlawanan akhir tiga hari selepas perlawanan Piala Uefa.
Kelebihan tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris, pasukan Alex Ferguson bersedia untuk perlawanan itu dan menyedari biarpun sekiranya Liverpool menang ke atas Middlesbrough esok, United masih mendahului dan mempunyai baki satu perlawanan.
United juga menunjukkan aksi membanggakan ketika menentang juara Itali dan pendahulu Serie A, Inter Milan untuk seri 0-0 dalam Liga Juara-Juara di San Siro dan mempunyai masa lima hari sebelum perlawanan akhir.
Tekanan terhadap pengurus Tottenham, Harry Redknapp bagaimanapun masih belum berganjak ketika dia dan pasukannya akan kembali ke Wembley untuk menentang pasukan yang menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim lalu.
“Kembali ke Wembley adalah hari teragung untuk kelab ini,” kata Redknapp yang membantu Portsmouth menjuarai Piala FA musim lalu di stadium utama bola sepak Inggeris manakala Spurs menewaskan Chelsea dalam final Piala Liga ketika pasukan itu dibimbing Juande Ramos. “Anda beraksi menentang pasukan terbaik di Eropah.”
United bagaimanapun tidak menurunkan Carlos Tevez dalam perlawanan menentang Inter, manakala Wayne Rooney hanya hadir selaku pemain gantian pada akhir perlawanan. Ia bermakna kedua-dua pemain itu akan diturunkan selaku skuad utama menentang Spurs di Wembley.
“Bahagian terbaik musim ini sudah tiba,” kata Tevez. “Kami berada dalam kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara, kami berada di puncak liga dan kami berada di final Piala Carling (Liga). Kami mahu menjuarai semuanya.” - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan