Manchester United yakin bahawa mereka akan memenangi pemburuan ke atas Robin van Persie biarpun sedar berdepan saingan sengit dari Juventus dan Manchester City. Menurut media di England, Sir Alex Ferguson percaya impiannya untuk menggandingkan Wayne Rooney dan Van Persie bakal menjadi kenyataan dalam usaha merampas semula kejuaraan Liga Perdana yang terlepas musim lalu. Van Persie menjaringkan 30 gol dan membantu Arsenal menamatkan kempen liga mereka di tangga ketiga manakala Rooney pula menjaringkan 27 gol, bakal muncul gandingan penggempur digeruni jika Ferguson mampu merealisasikan impiannya membawa Van Persie ke Old Trafford. Melepaskan kaptennya kepada Ferguson pastinya satu `pukulan' yang menyakitkan buat Arsene Wenger, selepas beliau terpaksa melihat Cecs Fabregas berhijrah ke Barcelona dan Samir Nasri pula ke Manchester City musim lalu. Wenger dilihat tidak mempunyai pilihan lagi selain melepaskan penyerang antarabangsa Belanda itu musim panas ini atau melihatnya pergi secara percuma musim depan. Van Persie sudah menegaskan bahawa dia tidak akan menerima tawaran Arsenal untuk melanjutkan kontraknya yang masih berbaki setahun di Emirates. Peluang United untuk mendapatkan Van Persie lebih cerah berbanding City yang terpaksa menjual sebahagian pemain bintangnya terlebih bagi mematuhi peraturan `financial fair play' yang ditetapkan oleh UEFA. Meskipun City memiliki kekuatan kewangan, Ferguson yakin Van Persie akan memilih Old Trafford sebagai destinasinya berbanding Eastlands. Penyerang itu dilaporkan sudah kembali menjalani latihan bersama skuad The Gunners selepas tamat Kejohanan Euro 2012, dan pihak pengurusan Arsenal dijangka mengumumkan dalam masa terdekat tentang masa depan Van Persie sebelum mereka bertolak ke Asia untuk perlawanan pra-musim akhir minggu ini. Glory Glory Manchester United!!! - AJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan