Kemenangan yang penting juga kemenangan yang
istimewa. Penting kerana tiga mata yang diraih ketika berdepan Watford semalam
menyaksikan United terus memberikan tekanan dalam perebutan slot empat teratas.
Walaupun United masih lagi berada di kedudukan tangga keenam liga, tiga mata
yang berjaya dikutip semalam menyaksikan barisan Jose Mourinho hanya ketinggalan
dua mata berbanding Tottenham Hotspurs dan Arsenal yang berada di tangga kedua
dan ketiga liga.
Kemenangan ke atas Watford semalam juga merupakan
kemenangan yang istimewa kerana tiga mata yang berjaya dikutip menyaksikan
United muncul kelab pertama England yang berjaya mengumpul 2,000 mata dalam
saingan liga. United jauh mengungguli Arsenal di tangga kedua (1,797 mata) manakala
Chelsea yang berada di posisi ketiga pula mengumpul 1,755 mata. Jumlah kutipan 2,000
mata ini diraih United menerusi 949 perlawanan liga di mana dari jumlah
tersebut mereka menang 599 perlawanan dan 203 keputusan seri.
Satu
Lagi Rekod Bakal Tercipta....
Pada 4 Mac nanti saat United berdepan AFC
Bournemouth di Old Trafford dalam saingan liga, barisan Jose Mourinho sekali
lagi berpeluang mencipta satu lagi rekod baharu di England. Jika menang, United
bakal muncul kelab pertama yang berjaya mengumpul 600 kemenangan dalam
perlawanan liga.
Anthony
Martial Menjawab Kritikan Yang Dilemparkan Keatasnya....
Aksi menentang Watford semalam mungkin aksi
terbaik yang dipemerkan Anthony Martial setakat ini. Ya, beliau bermain dengan
sangat baik menerusi larian-larian dari sisi sayap kiri yang sering mencetus
huru-hara kepada benteng pertahanan Watford.
Martial merupakan type pemain yang gemar berdepan satu lawan satu dengan pemain
lawan, melepasi mereka dan kemudiannya melakukan hantaran pendek kepada rakan
yang menunggu di dalam petak penalti lawan. Itulah yang anda dapat saksikan
sepanjang 81 minit aksinya di atas padang.
Assist
yang disumbangkan Martial menyaksikan gol pertama United terhasil menerusi
jaringan Juan Mata, dan di babak kedua giliran beliau pula menjaringkan gol kedua
menerusi larian menarik dari sebelah kiri selepas menerima hantaran pendek
Zlatan Ibrahimovic.
Melihat bagaimana seorang pemain yang
tersisih dalam beberapa perlawanan dan kemudiannya bangkit menerusi aksi
terpuji seperti ini adalah sesuatu yang sangat menarik. Mourinho memilih
menurunkan Martial dalam perlawanan ini berbanding Marcus Rashford kerana
beliau sedar warga Perancis ini sedang melalui tempoh sukar dan perlukan
suntikan semangat.
Memandangkan persaingan di posisi sayap kiri
yang begitu sengit, Martial sudah menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Mourinho
dengan sebaik mungkin sambil membuktikan mengapa beliau layak diberikan standing ovation sebaik sahaja Marcus
Rashford masuk menggantikan tempatnya di minit ke-81.
Peranan
Mkhitaryan Dalam Skema Formasi Berbeza Mourinho....
Dalam beberapa perlawanan terakhir anda juga
dapat saksikan Mourinho menggunakan formasi berbeza dalam sistem permainan
United. Formasi yang digunakan Mourinho sebenarnya mengikut kesesuaian lawan
yang bakal dihadapi skuadnya.
Ketika mereka berdepan Wigan Athletic dalam
saingan Piala FA, Mourinho menggunakan formasi 4-2-3-1 kegemarannya di mana
Wayne Rooney, Henrikh Mkhitaryan dan Juan Mata berada di belakang Anthony
Martial sebagai penyerang tunggal.
Saat skuadnya diikat Hull City pada aksi yang
dilangsungkan 1 Februari lalu, Mourinho menggunakan formasi 4-3-3 apabila
beliau meletakkan Marcus Rashford, Henrikh Mkhitaryan serta Zlatan Ibrahimovic
sebaris di barisan hadapan.
Perubahan formasi sekali lagi dilakukan
Mourinho ketika skuadnya berkunjung ke King Power Stadium di mana kali ini
beliau menggunakan sistem dua penyerang pula menerusi formasi 4-4-2.
Mengapa Mourinho gemar menggunakan formasi
berbeza sejak kebelakangan ini? Jawapannya ialah kerana beliau tidak perlu menggunakan
pemain berbeza dalam setiap perlawanan tetapi cukup dengan hanya mengubah posisi
dan peranan beberapa pemainnya di atas padang.
Salah seorang pemain yang sentiasa bersedia
dengan perubahan peranan yang bakal dimainkannya di atas padang ialah Henrikh
Mkhitaryan, dan Mourinho mengakui akan meletakkan Mikhi di posisi yang beliau
rasakan pemain ini mampu memainkan peranannya dengan berkesan ketika berdepan
lawan berbeza.
Mourinho agak beruntung kerana beliau
memiliki pemain seperti Mikhi yang sentiasa bersedia dari segi mental untuk
sebarang perubahan yang bakal dimainkannya. Semalam anda dapat saksikan sekali
lagi bagaimana Mourinho mengubah peranan dan posisi Mikhi ketika beliau kembali
menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam sistem permainannya.
Jika ketika kunjungan di King Power Stadium
minggu lalu Mikhi digunakan Mourinho di sisi sayap kiri, semalam beliau
ditugaskan oleh Mourinho untuk bermain di belakang Ibra yang kembali bertindak
selaku penyerang tunggal.
Bermain di belakang penyerang merupakan
posisi kegemaran Mikhi, jadi tidak hairanlah sepanjang perlawanan menentang
Watford semalam anda dapat saksikan beliau melepaskan lapan percubaan ke arah pintu
gol lawan, mencipta lima peluang jaringan gol manakala ketempatan hantarannya
pula mencapai 84%...Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan