Sekalipun dibelenggu rasa kecewa kerana skuad mudanya gagal mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dalam kempen Eropah, Sir Alex Ferguson tetap menurunkan barisan keduanya ketika menerima kunjungan Tottenham Hotspurs dalam saingan suku akhir Piala Carling awal pagi esok. Ferguson yang menurunkan sebilangan besar pemain muda ketika menentang Besiktas minggu lalu dalam kempen Liga Juara-Juara terpaksa menerima hakikat yang rekod tanpa kalah mereka digelanggang sendiri sejak tahun 2005 di peringkat Eropah lebur. United tewas 0-1 kepada juara Turki itu tetapi masih kekal sebagai pendahulu Kumpulan B. Pertemuan awal pagi esok merupakan ulangan final musim lalu di mana United berjaya menjulang Piala Carling selepas menewaskan Spurs menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley. Ferguson dijangka memberikan peluang buat Danny Welbeck, Federico Macheda, Rafael da Silva, Gabriel Obertan dan Darron Gibson turun dalam kesebelasan utama. Ferguson juga dijangka akan menurunkan Nani dalam perlawanan ini selepas pemain antarabangsa Portugal itu minggu lalu meluahkan kekecewaan terhadap Ferguson kerana jarang diberi kesempatan beraksi dalam skuad utama United.
Barisan Kemungkinan:
Tomasz Kuszczak, Wes Brown, Nemanja Vidic, Rafael da Silva, Gary Neville, Darron Gibson, Nani, Gabriel Obertan, Anderson, Danny Welbeck dan Federico Macheda.
Barisan Kemungkinan:
Tomasz Kuszczak, Wes Brown, Nemanja Vidic, Rafael da Silva, Gary Neville, Darron Gibson, Nani, Gabriel Obertan, Anderson, Danny Welbeck dan Federico Macheda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan