Pemilik nama Luis Carlos Almeida da Cunha atau lebih terkenal dengan panggilan Nani tidak pernah terfikir mahu meninggalkan Old Trafford. "Saya tidak akan pergi dari sini", katanya kepada Manchester Evening News. "Ketika prestasi saya menurun, saya hanya berfikir bahawa memang tidak selamanya seseorang pemain itu akan bermain dengan bagus", tambahnya lagi. Prestasi memberangsangkan yang dipamerkan Nani sejak kebelakangan ini telah membuka ruang buatnya berada dalam kesebelasan utama United. Ketika berhadapan dengan Arsenal, kelibat Nani berjaya membuatkan pertahanan The Gunners kucar kacir malah sentuhan pemain antarabangsa Portugal itu berjaya menghasilkan gol pertama United dan membuka ruang buat Wayne Rooney menjaringkan gol kedua malah kapten pasukan, Gary Neville menggelar Nani sebagai Cristiano Roanldo baru. Sebelum ini media-media di England meramalkan Nani akan meninggalkan Old Trafford selepas Sir Alex Ferguson kecewa dengan prestasi yang dipamerkannya. "Saya tahu prestasi saya buruk tetapi saya tidak prenah berputus asa dan tidak prnah terfikir untuk kembali ke Portugal. Saya memiliki semangat yang kuat, kerana itulah yang membuatkan saya yakin saya mampu memenuhi harapan pengurus". Awal pagi nanti, Nani dijangka akan terus diberikan peranan di bahagian sayap kiri sepertimana yang dilakukan Ferguson ketika United bertemu Portsmouth Sabtu lalu.
United akan bertandang ke Villa Park pagi esok menentang Aston Villa dalam satu lagi pertemuan Liga Perdana Inggeris dan prestasi baik Nani diharap mampu membawa skuad Red Devils meraih mata maksimum dalam perlawanan ini. Sementara itu Pengurus Villa, Martin O'Niell mahukan agar anak-anak buahnya memberikan lebih tumpuan bagi menyekat pergerakan Wayne Rooney dalam perlawanan ini. Rooney dijangka akan terus menghantui pertahanan lawan dengan prestasi hebatnya dan O'Niell pasti tidak mahu pasukannya menjadi mangsa Rooney seterusnya. "Dia merupakan pemain yang cukup pintar di padang dan perkara itu sudah boleh anda saksikan ketika dia di Everton lagi. Rooney kini pemain yang semakin matang dan menjadi pemain yang luar biasa", kata O'Neill. Bagaimanapun O'Neill yakin pemain-pemainnya mampu menyekat Rooney kerana menurutnya dia mempunyai beberapa pemain yang boleh memberikan masalah kepada bintang United itu. Sir Alex Ferguson dijangka akan menggunakan formasi 4-5-1 dalam perlawanan ini dan akan memberikan penampilan kepada dua bintang veterannya, Ryan Giggs dan Paul Scholes untuk mengemudi bahagian tengah United. Meskipun tanpa kelibat Rio Ferdinand yang masih menjalani penggantung empat perlawanan dan Nemanja Vidic yang dibelenggu kecederaan, Ferguson masih boleh mengharapkan sentuhan Jonny Evans dan Wes Brown di benteng bagi menyekat Gabriel Agbonlahor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan