LIGA JUARA-JUARA EROPAH
(PUSINGAN KALAH MATI)
MANCHESTER UNITED lwn AC MILAN
(Old Trafford, 11 Mac 2010)
Menjelang pertemuan kedua menentang AC Milan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara , awal pagi esok, Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa United kini sudah keluar dari bayang-bayang gergasi Itali itu yang sering menghantui mereka selama ini. United akan menanti kunjungan Milan dengan memiliki kelebihan satu gol hasil kemenangan 3-2 di San Siro dalam perlawanan pertama tiga minggu lalu. Rekod pertemuan menentang Milan sebelum ini jelas tidak memihak kepada anak-anak buahnya selepas kali terakhir mereka disingkirkan skuad Rossoneri itu pada tahun 2007 di peringkat separuh akhir. Ferguson mengakui begitu resah selepas diundi menentang Milan tetapi kini kehebatan lawan tampak seakan sudah menjadi sejarah selepas United berhasil menjinakkan anak-anak buah Leonardo di gelanggang lawan. Kemenangan itu jelas memberi suntikan keyakinan kepada Ferguson bahawa pasukannya mampu mengatasi halangan Milan kali ini untuk menempah tempat ke pusingan suku akhir. "Bagi kami, kemenangan di San Siro merupakan sesuatu yang cukup besar. Ini adalah kemenangan pertama selepas tewas empat kali kepada lawan. Saya gembira kerana lawan memiliki sejarah hebat dan kami mencipta kemenangan ke atas salah satu pasukan terbaik Eropah. Kemenangan di San Siro lebih kepada kemenangan psikologi buat kami", kata Ferguson.(PUSINGAN KALAH MATI)
MANCHESTER UNITED lwn AC MILAN
(Old Trafford, 11 Mac 2010)
Sementara itu, Wayne Rooney disahkan cergas dan boleh diturunkan dalam perlawanan ini selepas direhatkan ketika United menang ke atas Wolverhampton Wanderers dalam aksi liga hujung minggu lalu. Rooney yang meledak dua gol dalam perlawanan pertama di San Siro cedera ketika turun mewakili England dalam perlawanan antarabangsa menentang Mesir Khamis lalu. Rooney telah mula menjalani latihan dan dijangka bakal diturunkan Ferguson selepas kecederaan lututnya kembali pulih. Walaupun kembali memperolehi sentuhan Rooney, United kehilangan Wes Brown dan Ryan Giggs yang mengalami kecederaan manakala Michael Carrick pula digantung perlawanan selepas menerima layang kad merah dalam perlawanan pertama. Perlawanan United-Milan awal pagi esok juga turut diwarnai dengan kembalinya David Beckham ke Old Trafford buat pertama kali dalam tempoh enam tahun. Beckham dijangka diberikan sambutan meriah oleh penyokong-penyokong United bagi menghargai sumbangan hebatnya selama 10 musim di Old Trafford sebelum dijual kepada Real Madrid pada tahun 2004. Beckham dijangka memulakan perlawanan di bangku simpanan selepas Leonardo membayangkan akan menurunkan Klaas Jan Huntelaar dalam kesebelasan permulaan Milan.
Barisan Kemungkinan United:
Edwin Van Der Sar, Rafael da Silva, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Park Ji Sung, Luis Antonio Valencia, Paul Scholes, Darren Fletcher, Dimitar Berbatov & Wayne Rooney
Barisan Kemungkinan United:
Edwin Van Der Sar, Rafael da Silva, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Park Ji Sung, Luis Antonio Valencia, Paul Scholes, Darren Fletcher, Dimitar Berbatov & Wayne Rooney
Tiada ulasan:
Catat Ulasan