Rombakan
Di Bahagian Tengah
Sekali
lagi tiada nama Donny Van de Beek dalam senarai kesebelasan utama United tetapi
tetap ada rombakan besar yang dilakukan Ole Gunnar Solskjaer di jentera tengah
skuadnya. Tiada juga nama Paul Pogba dan Nemanja Matic sepertimana lazimnya, tetapi
dua nama itu digantikan beliau dengan Fred dan Scott McTominay yang berperanan
sebagai `double pivot’.
Fred
dan McTominay melaksanakan tugas mereka dengan berkesan sepanjang perlawanan
terutamanya dalam melindungi empat rakan mereka di benteng pertahanan. Sepanjang perlawanan kombinasi Fred dan
McTominay melakukan 4 (tackle), 4 (intercept) dan 1 (clearance) ketika bertahan.
Di posisi sayap kanan dan kiri pula, Solskjaer meletakkan Juan Mata dan Daniel
James manakala Marcus Rashford bergerak selaku penyerang tengah.
Pesta
Gol
Cemas
pada awalnya apabila pintu gol United bolos seawal minit ke-2 tetapi di akhir
perlawanan kita akhirnya tersenyum selepas melihat barisan kendalian Solskjaer
pulang dari St James Park dengan tiga mata penuh. Bukan itu sahaja, mereka juga
berjaya meledak empat gol ke gawang lawan yang dikawal Karl Darlow menerusi jaringan
Harry Maguire, Bruno Fernandes, Aaron Wan Bissaka dan Marcus Rashford.
Sorotan
pastinya terarah kepada Bruno yang gagal menyempurnakan sepakan penalti di
minit ke-57. Ini merupakan kegagalan ketiga Bruno dari 31 tendangan penalti
yang diambil beliau sepanjang karier profesionalnya. Bagaimanapun kegagalan
tersebut di tebus Bruno menerusi gol kedua United yang dihasilkannya di minit
ke-86.
Selain
itu Bruno turut menyumbangkan satu bantuan gol yang disempurnakan Marcus Rashford
di penghujung perlawanan. Di barisan hadapan, Rashford bertindak sebagai
penyerang tengah berikutan ketiadaan Anthony Martial dan peranan itu
dilaksanakan beliau dengan berkesan menerusi satu gol yang dijaringkannya serta
dua bantuan gol yang disempurnakan Bruno dan Aaron Wan-Bissaka.
`Comeback’
Gaya Maguire
Menurunkan
Harry Maguire dalam perlawanan ini memang satu perjudian besar yang dilakukan
Solskjaer selepas prestasi buruk yang dipamerkan benteng pertahanan United
dalam tiga aksi liga sebelum ini. Layangan kad merah yang diterima Maguire
ketika aksi antarabangsa menentang Denmark tempohari sekadar memburukan lagi
situasi yang dialami kapten United itu.
Tatkala
suara-suara yang menyarankan agar Maguire direhatkan dalam perlawanan ini
begitu kuat kedengaran, Solskjaer pula menongkah arus menerusi tindakan berani
beliau yang terus menyenaraikan nama bekas pertahanan Leicester City itu dalam
kesebelasan utamanya di St James Park. Kepercayaan yang diberikan Solakjaer
dibayar Maguire menerusi satu gol yang dijaringkannya, manakala dalam situasi defensif
pula beliau melakukan 4 (intercept) dan 3 (clearance).
Gol
Wan-Bissaka dan Penampilan Mata
Aaron
Wan-Bissaka pernah dilabel sebagai bek sisi yang tidak memenuhi spesifikasi bolasepak
moden oleh Wayne Rooney. Meskipun punya kualiti yang bagus ketika bertahan,
kemampuan offensive Wan-Bissaka kadangkala agak meragukan. Bagaimanapun
dalam perlawanan ini bekas bek Crystal Palace itu bukan sahaja berjaya
menjaringkan satu gol, tetapi beliau juga melepaskan dua percubaan tepat dan melakukan
dua key passes dalam situasi offensive.
Bagaimana
pula dengan Juan Mata? Keputusan Solskjaer menurunkan Mata dalam perlawanan ini
sebenarnya agak mengejutkan tetapi jika anda melihat kepada rekod Mata setiap
kali beliau berdepan Newcastle United, keputusan Solskjaer ini sebenarnya ada
asasnya. Untuk rekod, Mata terlibat secara langsung dalam sembilan gol ketika
beliau bermain menentang Newcastle di
Liga Perdana (empat gol dan lima assist). Awal pagi tadi beliau tidak
menjaringkan gol, tetapi assist dari beliau membolehkan Harry Maguire
menjaringkan gol penyamaan.
Rekod
Baharu
Kemenangan
yang dilakar United di St James Park ini turut menyaksikan Solskjaer melakar
rekod peribadi baharu di Old Trafford. Kemenangan ini merupakan kemenangan
keenam berturut-turut yang dilakar United di gelanggang lawan, satu catatan
yang sebenarnya tidak berjaya dilakukan sama ada oleh Sir Matt Busby dan atau Sir
Alex Ferguson sekalipun. Glory Glory Manchester United!!!
Rekod
6 Perlawanan Terakhir United Di Gelanggang Lawan:
.
Brighton
(3-0) - Greenwood, Bruno (2)
Aston
Villa (3-0) - Bruno (pen), Greenwood, Pogba
Crystal
Palace (2-0) - Rashford, Martial
Leicester
City (2-0) - Bruno (pen), Lingard
Brighton
(3-2) - Dunk (GS), Rashford, Bruno (pen)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan