Apa yang paling ditakuti kini akhirnya
menjadi kenyataan. Ketika kita merayakan kejayaan Manchester United mara ke
peringkat separuh akhir Liga Europa, dalam masa yang sama kita juga terpaksa
menelan hakikat pahit bahawa kelab akan meneruskan baki saingan musim ini tanpa
sentuhan tajam Zlatan Ibrahimovic. Masih ada enam baki perlawanan liga yang
perlu dihabiskan United, manakala di pentas Liga Europa pula mereka bakal
mengharungi tiga lagi perlawanan (jika berjaya mara hingga ke final).
Walaupun prestasi Ibra sedikit merosot sejak
aksi menentang Anderlecht pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa hingga
mengundang kritikan pedas Jose Mourinho, kemudiannya beliau diketepikan pula
ketika United berdepan Chelsea di Old Trafford dalam saingan liga, saya secara
peribadi berpendapat ini bukanlah waktu terbaik untuk Mourinho kehilangan
sentuhan Ibra di barisan hadapan.
Ramai yang skeptikal bila bercakap tentang
kemampuan Ibra ketika beliau memutuskan menyertai United dari Paris St Germain
musim panas lalu. Pada usia 35 tahun, tidak banyak harapan yang boleh
diletakkan di bahu Ibra untuk membantu United bangkit semula dari kekecewaan
terutamanya sepanjang tempoh dua musim kelab di bawah kendalian Louis Van Gaal.
Atau lebih tepatnya, Old Trafford cumalah destinasi terakhir Ibra menghabiskan
sisa-sisa penghujung kerjayanya sebelum bersara.
Bagaimanapun Ibra tidak memerlukan masa yang
lama untuk segera menutup mulut para pengkritiknya. Beliau menjaringkan gol
kemenangan ketika membantu United menjulang trofi Perisai Komuniti Ogos tahun
lalu dan kemudiannya meledak tiga gol lagi pada tiga penampilan pertama di Liga
Perdana. Musim ini Ibra menjaringkan 17 gol untuk United dalam saingan liga dan
secara keseluruhannya beliau sudahpun meledak 28 gol dalam semua peringkat
kejohanan.
Sukar
Untuk United Bersaing Tanpa Ibra?...
Kebergantungan United kepada Ibra menerusi
gol-gol yang dihasilkannya musim ini memang tidak boleh dipertikaikan. Ketika
United sedang berjuang keras untuk posisi empat teratas Liga Perdana, selain
berpeluang mencipta sejarah menjulang trofi Liga Europa buat pertama kali,
kecederaan Ibra yang menyaksikan beliau diketepikan hingga ke penghujung musim
memang wajar dibimbangi.
Ketiadaan Ibra di barisan hadapan satu
kehilangan besar, bukan sahaja kerana ketajaman penyudahnya, tetapi United juga
hilang sosok seorang pemimpin di tengah padang kerana segudang pengalaman yang
dimilikinya. Memang benar prestasinya agak merosot dalam tiga penampilan
terakhirnya, tetapi secara peribadi saya berpendapat itu cumalah bersifat
sementara.
Pemain yang sarat pengalaman seperti Ibra
sentiasa tahu bagaimana mahu bangkit ketika berdepan detik sukar, dan itulah
yang dilakukannya tahun lalu selepas beliau kemarau gol hampir sebulan. Gagal
menjaringkan sebarang gol dalam tujuh perlawanan liga, Ibra akhirnya meledak
dua gol ketika United membenam Swansea City di Stadium Liberty.
Selepas itu gol demi gol dijaringkannya untuk
United hinggakan pada satu ketika timbul perdebatan bagaimanakah agaknya nanti
jika sesuatu yang buruk berlaku kepada beliau dan kelab tidak dapat menggunakan
khidmatnya untuk tempoh panjang. Akhirnya apa yang ditakuti dan apa yang
dirisaukan selama ini menjadi kenyataan kerana Ibra tidak akan lagi bermain
hingga ke akhir musim akibat dari kecederaan serius yang dialaminya ketika
berdepan Anderlecht tempohari.
Bagaimanakah agaknya peluang United
merealisasikan misi mereka menamatkan musim ini di kelompok empat teratas Liga Perdana
selain memenuhi potensi menjulang trofi Liga Europa buat pertama kali tanpa
sentuhan dan kepimpinan Ibra? Memang ada keraguan serta kerisauan tentang hal
ini tetapi saya percaya Marcus Rashford sudah bersedia memikul beban selaku
penggempur utama sepanjang ketiadaan Ibra.
Siapa
Pengganti Ibra?...
Setakat ini nama paling hangat yang
disebut-sebut mampu memikul beban berat selaku penggempur utama sepanjang
ketiadaan Ibra ialah Marcus Rashford. Selama 82 minit aksinya di atas padang
ketika United berdepan Chelsea 16 April lalu, Rashford umpama mimpi ngeri buat
Gary Cahill dan David Luiz. Prestasi terpuji Rashford diteruskan beliau ketika
United menyingkirkan Anderlecht dari saingan Liga Europa menerusi gol
kemenangan yang dijaringkannya di masa tambahan.
Di bangku simpanan United, Mourinho masih
memiliki nama-nama lain seperti Anthony Martial dan Wayne Rooney sebagai
pengganti. Jika kriteria pengalaman menjadi pilihan utama Mourinho, Rooney saya
percaya pada bila-bila masa sedia mengambilalih posisi Ibra selaku penyerang
tengah. Manakala Martial sepertimana Rashford pula mampu menawarkan kelajuan
sambil dibantu skill kawalan bola menarik untuk memecah benteng pertahanan
lawan.
Tersisihnya Ibra umpama satu berkah buat
pemain seperti Rooney dan Martial. Prestasi Martial menerusi satu gol dan satu assist yang dihasilkannya di Turf Moor bakal
memeningkan kepala Mourinho dalam memilih siapa antara Rooney, Rashford dan
Martial yang difikirkan layak mengetuai jentera serangan skuadnya. Tatkala
Rooney sudah kembali manakala Rashford pula mempamerkan prestasi terpuji ketika
berdepan Chelsea dan Anderlecht, Martial pula perlu lebih konsisten jika mahu
menambat hati Mourinho.
Radar
Kini Terarah Kepada Rooney...
Penampilan Marcus Rashford sejak kebelakangan
ini memang mempersonakan tetapi dalam masa yang sama timbul persoalan sejauh
mana kemampuan bintang muda ini dalam menyerap tekanan. Dengan perlumbaan
merebut posisi empat teratas semakin sengit dan dalam masa sama juga United
bakal berdepan fasa penting dalam pemburuan trofi Liga Europa, adakah pemain
semuda Rashford mampu memikul beban serta tekanan sebagai penggempur utama?
Ketika inilah pandangan kita kembali terarah
kepada kelibat Wayne Rooney. Saat Ibra sudah tersisih, Rooney pula sudah pulih
sepenuhnya dari kecederaan. Aksi menentang Burnley di Turf Moor merupakan
penampilan pertama Rooney dalam saingan liga sejak 1 April lalu. Statistik
Rooney di Turf Moor menyaksikan beliau melakukan tiga percubaan, mencipta tiga
peluang dan menjaringkan satu gol.
Kerja-kerja yang dilakukan beliau ketika
menentang Burnley membuktikan mengapa Rooney boleh memainkan peranan penting sepanjang
ketiadaan Ibra. Prospek menjulang trofi Liga Europa selaku kapten United dan
membantu kelab menamatkan musim ini di kelompok empat teratas juga mungkin
boleh menjadi motivasi terbaik buat Rooney jika ditakdirkan ini mungkin menjadi
musim terakhir beliau di Old Trafford.
Ayuh
Buktikan Wenger Silap...
Baru-baru ini Wenger melabelkan bahawa United
`tiada apa-apa tanpa Ibra’. Memang menyakitkan tapi bila diimbas kembali statistik
jaringan Ibra dan berapa banyak gol-gol pentingnya yang menyelamatkan United
musim ini, memang ada kebenarannya apa yang dikatakan Wenger itu. Bagaimanapun
kemenangan yang diraih di Turf Moor menerusi gol jaringan Martial dan Rooney saya
harap menjadi petunjuk awal bahawa United masih mampu `hidup’ tanpa Ibra.
Burnley pernah menewaskan Liverpool dan
memaksa Chelsea berkongsi mata ketika mereka beraksi di Turf Moor selain fakta
bahawa United juga tidak pernah menjaringkan gol di sini sejak kali terakhir
Lou Macari melakukannya pada 19 April 1976. Jadi tiga mata yang berjaya dikutip
di Turf Moor satu permulaan bagus dan mungkin jawapan paling tepat kepada sebarang
keraguan yang dilemparkan Wenger.
Penamat
Karier Ibra?...
Kecederaan ini sebenarnya bukan sahaja memberikan
kesan besar kepada kerjaya Ibra bersama United tetapi juga karier bolasepak
beliau. Laporan ESPN menyebut bahawa Ibra dijangka hanya akan kembali ke padang
pada Januari 2018. Jika laporan itu benar, United nampaknya terpaksa
mempertimbangkan segala pilihan yang ada, sama ada mereka mahu terus
mengekalkan Ibra atau sudah boleh mencongak siapa pemain yang bakal di bawa
masuk sebagai pengganti.
Dengan peratusan untuk Wayne Rooney
meninggalkan kelab musim panas nanti juga semakin besar, sangat menarik untuk
menanti apa perancangan Mourinho dan siapa yang beliau fikirkan sesuai untuk
mewarisi posisi dua pemain itu. Secara peribadi saya masih mahu melihat kelibat
Ibra mengetuai jentera serangan United musim depan apatah lagi beliau juga
menegaskan bahawa kecederaan ini bukanlah penghalang untuknya dari terus
bermain.
Sebagai pejuang, menyerah bukanlah pilihan
Ibra, dan saya yakin jiwa pejuang yang ada dalam dirinya akan menjadikan beliau
lebih `buas` bila kembali semula ke padang nanti. Musim ini sudah berakhir lebih
awal buat Ibra...tetapi musim depan kembalilah untuk menjadikan United lebih
kuat. Bantu United bawa pulang semula trofi Liga Perdana sebelum anda
memikirkan persaraan....bukankan itu penamat lebih yang sempurna Ibra? Glory
Glory Manchester United!!!
Assalamualaikum
BalasPadamsenang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
dan berbagi kepada teman-teman disini.
Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.
Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.
Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.
Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.
Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan
hubungi Ki Witjaksono di:+62852-2223-1459
Supaya lebih jelas kunjungi blog
~~KLIK DISINI~~