Kemenangan
besar (4-1) yang dilakar United ke atas Istanbul Basaksehir bukan sahaja
meletakkan mereka dalam posisi terbaik untuk lolos ke peringkat kalah mati 16
pasukan, tetapi kemenangan ini juga meletakkan barisan The Red Devils
sebagai pasukan pilihan untuk keluar sebagai juara Kumpulan H, kumpulan yang
dianggap paling sukar selepas undian dilangsungkan di Geneva pada 1 Oktober
lalu.
Selepas
mengharungi empat perlawanan, United mengumpul sembilan mata hasil dari tiga
kemenangan dan satu kekalahan yang dialami mereka, tiga mata mengatasi PSG di
tangga kedua dan RB Leipzig di tangga ketiga, manakala Istanbul Basaksehir kekal
di tangga terbawah selepas mereka hanya mengutip tiga mata hasil dari
kemenangan yang dilakar mereka ke atas United pada 5 November lalu.
Apa
yang menariknya tentang perlawanan ini bukan mengenai kemenangan kedua
berturut-turut yang dilakar United di gelanggang sendiri selepas mereka
menundukkan West Bromwich Albion dalam aksi saingan liga pada Ahad lalu, tetapi
lebih kepada kesebelasan utama yang diturun Ole Gunnar Solskjaer awal pagi
tadi. Ya, untuk pertama kalinya anda melihat Anthony Martial, Edinson Cavani
dan Marcus Rashford diturunkan serentak dalam kesebelasan utama United.
Sebelum
ini, Solskjaer lebih kerap menggunakan Martial untuk berperanan sebagai `pemain
nombor 9’, tetapi kali ini tugas tersebut diserahkan beliau kepada `pemain yang
lebih berhak dan sesuai’ untuk diletakkan sebagai penyerang tengah. Sudah tentu
pemain yang saya maksudkan ialah Cavani. Selain dari itu, hasrat kebanyakkan
penyokong United yang mahukan Donny Van de Beek diberikan peluang bermain penuh
90 minit juga turut dipenuhi Solskjaer.
Martial
bukanlah penyerang tengah tulen, meskipun beliau menggunakan jersi nombor 9,
jadi keputusan Solskjaer yang kembali meletakkan beliau di sisi kiri adalah langkah
yan tepat. Berbanding penampilan beliau ketika berdepan West Brom pada Ahad
lalu, aksi Martial dalam perlawanan ini lebih hidup. Dalam situasi offensive,
sepanjang 82 minit aksinya di atas padang, Martial melakukan 54 sentuhan
bola, melepaskan 37 hantaran dan melakukan tiga dribble.
Ini
mungkin bukanlah statistik yang terlalu unggul, apatah lagi beliau gagal melepaskan
sebarang percubaan on target, tetapi apa yang penting anda dapat melihat
Martial kelihatan selesa melakukan gerakan-gerakan dari sebelah sisi serta
bijak meletakkan dirinya di posisi yang tepat untuk menerima hantaran
berbanding ketika beliau diberikan peranan sebagai penyerang tengah.
Bagaimana
dengan Cavani? Berbanding Martial, Cavani berjaya melepaskan tiga percubaan di
mana satu daripadanya merupakan percubaan on target. Meskipun tidak
menjaringkan sebarang gol, Cavani melakukan banyak pergerakan terutamanya di
zon final third lawan, sesuai dengan peranan yang dipegangnya selaku
`pemain nombor 9’. Kita sudah lama tidak melihat seorang `pemain nombor 9’
sebenar dalam skuad United dan selepas ini peluang sepatutnya lebih kerap
diberikan kepada Cavani untuk bergerak di posisi tersebut.
Melihat
kepada kesebelasan utama yang diturunkan Solskjaer awal pagi tadi, adakah ini
merupakan `kesebelasan terbaik’ yang beliau cari selama ini? Tiada keraguan
tentang kemampuan Alex Telles di sisi kiri pertahanan United, begitu juga Aaron
Wan-Bissaka di posisi berlawanan manakala Harry Maguire dan Victor Lindelof
adalah pilihan utama Solskjaer selaku gandingan pertahanan tengah.
Di
bahagian tengah pula anda melihat Van de Beek menggantikan peranan Paul Pogba
selaku pivot bersama Fred, dan pemain antarabangsa Belanda itu
melaksanakan tugasnya dengan sangat berkesan. 88% ketepatan hantaran dari 64
yang dilepaskannya, melakukan satu dribble, satu tackle,
memenangi satu perebutan bola tinggi, satu clearance dan satu tactical
foul. Jadi ini merupakan satu isyarat yang cukup jelas dari Van de Beek
agar Solskjaer lebih berani meletakkan beliau dalam kesebelasan utama United
selepas ini.
Dalam
formasi 4-2-3-1 yang digunakan Solskjaer, Bruno pula sepertimana biasa adalah
nadi kepada kreativiti United ketika mereka melakukan gerakan menerusi peranan
selaku playmaker yang digalasnya. Sudah tentu sepertimana yang saya
sebutkan tadi, kita memang menunggu agar tugas selaku penyerang tengah
diberikan kepada Cavani manakala Martial dan Rashford sebenarnya lebih berkesan
jika mereka diberikan kebebasan untuk melakukan gerakan-gerakan dari sebelah
sisi. Adakah ini kesebelasan terbaik United musim ini? Ya…tiada keraguan. Glory
Glory Manchester United!!!
Fakta
Selepas Perlawaan:
ØSejak
2009, United memenangi kesemua tiga aksi mereka di gelanggang sendiri ketika
berdepan wakil dari Turki. Ini juga bermakna Besiktas muncul kelab terakhir
dari Turki yang berjaya menewaskan United di Old Trafford.
ØDua
gol yang dijaringkan Bruno Fernandes dalam perlawanan ini menyaksikan beliau
sudah menjaringkan 21 gol dari 35 perlawanan untuk United dalam semua
kejohanan. Selain daripada itu Bruno juga sudah terlibat dengan 34 gol yang
dijaringkan United (21 gol dan 13 bantuan gol), jumlah terbanyak berbanding
mana-mana pemain yang beraksi di Liga Juara-Juara musim ini.
ØMarcus
Rashford sudah menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.
Apa yang menariknya ialah gol-gol yang dijaringkan beliau berlaku dalam empat
aksi terakhir Rashford sama ada sebagai pemain gantian atau dalam kesebelasan
utama. Jumlah lima gol yang dijaringkan beliau setakat ini juga menyamai
catatan yang dilakukan Rashford sepanjang 18 penampilan pertamanya di saingan
tersebut.
ØDaniel
James muncul pemain Wales pertama yang berjaya menjaringkan gol untuk United di
Liga Juara-Juara dalam tempoh sembilan tahun sejak kali terakhir Ryan Giggs
melakukannya pada September 2011 ketika United berdepan Benfica.
ØGol
jaringan Deniz Turuc menerusi sepakan percuma membolehkan beliau menyamai
pencapaian yang pernah dilakar Franck Ribery kira-kira sepuluh tahun lalu. Sebenarnya
sejak kali terakhir Ribery menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika
United dan Bayern Munich bertemu di Allianz Arena pada 30 Mac 2010, tiada
mana-mana pemain yang berjaya membolosi gawang United dalam situasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan