Gol
tunggal perlawanan jaringan Emmanuel Adebayor ketika Manchester United dan
Arsenal bertemu di Old Trafford dalam saingan liga pada 19 September 2006
menyaksikan skuad kendalian Arsene Wenger itu pulang ke Highbury dengan tiga
mata penuh. Dan itu jugalah buat kali terakhirnya Arsenal berjaya menewaskan
United di Old Trafford dalam semua peringkat kejohanan.
Solskjaer
vs Arteta
Dalam
39 penampilan beliau sebagai pengurus Arsenal, Arteta berjaya mengemudi skuad The
Gunners itu menang 24 kali, enam keputusan seri dan sembilan kekalahan. Manakala
Solskjaer pula sudah mengendalikan United sejak kehadirannya pada Disember 2018
sebanyak 80 perlawanan. Dari jumlah tersebut beliau berjaya mengemudi United
menang 42 perlawanan, seri 18 kali dan kalah 20 kali. Secara puratanya United
di bawah kendalian Solskjaer berjaya meraih 1.44 mata per perlawanan.
Solskjaer
vs Arsenal
Sepanjang
kariernya sebagai pengurus United, Solskjaer sudah berdepan Arsenal sebanyak
empat kali. Dari jumlah tesebut, beliau cuma sekali berjaya mengemudi United
menewaskan Arsenal, manakala tiga lagi pertemuan berakhir dengan satu keputusan
seri dan dua kekalahan. Satu-satunya kemenangan yang dicapai Solskjaer ke atas
Arsenal ialah ketika United menyingkirkan The Gunners di pusingan
keempat Piala FA pada Januari 2019.
Barisan
Depan dan Belakang
Dalam
39 aksi Arsenal di bawah kendalian Arteta, mereka berjaya menjaringkan 71 gol
dan bolos 43 kali. Manakala United dalam 80 perlawanan mereka di bawah kendalian
Solskjaer pula menjaringkan 146 gol dan 86 kali bolos. Jika dihitung ratio gol kedua-dua
pasukan dalam setiap perlawanan, United dan Arsenal memiliki catatan yang sama
iaitu mereka menjaringkan purata 1.8 gol (per perlawanan)
Dalam
aspek bertahan pula, kedua-dua pasukan memiliki catatan hampir sama tetapi
United sedikit unggul apabila pintu gol mereka dibolosi 1.075 kali dalam setiap
perlawanan. Bagaimana pula dengan statistik yang dicatatkan benteng pertahanan
Arsenal? Berbanding United, pintu gol mereka secara puratanya dibolosi 1.1 kali
dalam setiap perlawanan.
Jangkaan
Formasi United
Jika
diambilkira rekod Solskjaer setiap kali United berdepan Arsenal, ini bukanlah
satu tugas yang mudah buat beliau. Bagaimanapun selepas kekalahan besar 1-6 ditangan
Spurs pada 4 Oktober lalu, Unted secara perlahan-lahan sudah menunjukkan
peningkatan yang drastik. Mereka menang tiga dari empat perlawanan terakhir di
semua peringkat kejohanan termasuk kejayaan menewaskan Paris St Germain dan RB
Leipzig di pentas Liga Juara-Juara.
Sangat
menarik untuk melihat formasi apa yang bakal digunakan Solskjaer dalam
perlawanan ini kerana sejak kekalahan besar kepada Spurs, beliau sudah menggunakan
tiga formasi berbeza ketika berdepan Newcastle dan Chelsea (4-2-3-1), PSG
(3-4-1-2) dan RB Leipzig (4-3-1-2). Limpahan pemain di bahagian tengah juga antara
faktor penting mengapa beliau boleh menggunakan mana-mana formasi tanpa
menjejaskan kestabilan skuadnya.
Secara
peribadi, saya berharap agar Solskjaer terus menggunakan formasi (4-3-1-2) yang
menyaksikan United menang besar ketika mereka menerima kunjungan Leipzig tempohari.
Jangkaan kesebelasan utama dalam perlawanan ini pula ialah David de Gea, Aaron
Wan-Bissaka, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Fred, Nemanja Matic,
Paul Pogba, Bruno Fernandes, manakala Marcus Rashford dan Edinson Cavani
membentuk dua penggempur di barisan hadapan. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan