Pertahanan kiri Manchester United, Patrice Evra sudah bersedia menyekat Lionel Messi dalam pertembungan
final Liga Juara-Juara 28 Mei ini. Pertembungan antara Evra dan sayap kanan Barcelona itu pasti tidak dapat dielakkan namun pertahanan antarabangsa Perancis itu menegaskan tugas menyekat Messi bukan sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun tiada latihan khas baginya untuk menghadapi pertembungan itu memandangkan setiap hari beliau perlu berhadapan dengan Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo dalam sesi latihan United. Itu sudah memadai baginya sebagai persediaan apabila berhadapan dengan pemain licik seperti Messi. Messi merupakan pemain penting Barcelona dan untuk itu, Evra mahu memastikan bintang sayap kelab Catalan itu gagal memberikan aksi terbaiknya dalam perlawanan akhir nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan