05 Mei 2009

Kelebihan United



Sir Alex Ferguson percaya Manchester United punya kelebihan untuk layak keperlawanan akhir Liga Juara-Juara walaupun terpaksa menempuh perlawanan sukar di Stadium Emirates awal pagi nanti. United membawa bekal satu jaringan apabila berkunjung ke gelanggang keramat Arsenal itu namun Ferguson percaya faktor kejayaan pasukannya menghalang skuad Arsene Wenger dari menjaringkan gol pada perlawanan pertama merupakan kelebihan besar buat barisan The Red Devils itu. Keputusan seri sudah memadai buat United namun Ferguson percaya pasukannya mampu membolosi gawang lawan dalam keghairahan Arsenal mencari gol awal.

Arsenal yang dibarisi pemain muda dilanda rasa gemuruh dalam perlawanan peringkat pertama dan United yang kerap beraksi dalam perlawanan kompetitif peringkat Eropah nyata punya kelebihan dari segi pengalaman. Dengan lambaian Stadio Olimpico, Rome semakin menggamit, Ferguson percaya United mampu memanipulasi rasa gentar di kalangan pemain muda Arsenal untuk layak ke perlawanan akhir buat musim kedua berturut-turut. United merehatkan Anderson, Darren Fletcher serta Michael Carrick dalam perlawanan liga Sabtu lalu dan rancangan Ferguson pastinya mahu mendominasi bahagian tengah untuk mengekang penguasaan Arsenal. Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan