Menjelang perlawanan derby menentang musuh setempat Manchester City, Sir Alex Ferguson menerima suntikan semangat apabila dianugerahkan pengurus terbaik bulanan oleh FA Inggeris berikutan prestasi cemerlang skuad kendaliannya dalam kempen Liga Juara-Juara dan Liga Perdana sepanjang bulan April. Esok, United akan melayan kunjungan City dalam usaha mengekalkan trofi Liga Perdana buat musim ketiga berturut-turut. Selepas mengenepikan cabaran Arsenal dalam Liga Juara-Juara Rabu lalu, United menanti kunjungan skuad yang dilatih bekas bintang Old Trafford, Mark Hughes dengan penuh keyakinan. Sekalipun Liverpool berjaya memintas mereka ditangga teratas itupun jika anak-anak buah Rafa Benitez berjaya menewaskan West Ham di Boleyn Ground, United hanya memerlukan 7 mata dari baki 4 perlawanan untuk merangkul gelaran ke 18 sekaligus menyamai pencapaian sepanjang masa Liverpool.
Sementara itu Sir Alex Ferguson bakal mendapatkan kembali khidmat Wes Brown di posisi pertahanan setelah pemain itu keluar dari senarai kecederaan panjang bilik rawatan United. Kehadiran semula pertahanan lasak ini pastinya satu berita baik buat kem United dalam kempen mereka mempertahankan trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Brown dilihat bakal diturunkan Ferguson buat kali pertama dalam tempoh 6 bulan bagi menghadapi City dan Wigan Rabu depan. Di kem Liverpool pula, kapten mereka Steven Gerrard masih menaruh harapan untuk pasukannya merangkul trofi Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun sambil berharap United melakukan kesilapan saat akhir. Namun Liverpool perlu berhadapan cabaran penuh ranjau di Boleyn Ground awal pagi esok memandangkan West Ham juga sedang mengintai tangga ketujuh bagi membolehkan mereka layak ke kejohanan Piala UEFA musim depan. Glory Glory Manchester United!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan