1 - 3
AGG 1-4
Manchester United melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara setelah mengenepikan cabaran seteru tradisi Liga Perdana Arsenal 3-1 awal pagi tadi. Kemenangan itu juga menamatkan rentetan rekod tanpa kalah 22 perlawanan Arsenal di Stadium Emirates dalam pelbagai kejohanan. Sepertimana yang dijanjikan Arsene Wenger, skuad Gunners mengasak sebaik wisel permainan ditiup bagi memadamkan kelebihan satu gol milik United. Keghairahan skuad muda Arsene Wenger itu akhirnya dipadamkan apabila Park Ji Sung yang menerima hantaran lintang Cristiano Ronaldo memanfaatkan kesilapan Kieran Gibbs untuk membuka tirai jaringan diminit ke 8. Gol pembukaan itu ternyata menambah tekanan buat barisan Arsene Wenger dan tiga minit selepas itu giliran Cristiano Ronaldo pula mencatat nama sebagai penjaring apabila sepakan percumanya dari jarak 30 meter menewaskan Manuel Almunia buat kali kedua. Gol kedua United itu jelas melunturkan cabaran Arsenal dan United yang meletakkan gandingan Anderson, Darren Fletcher dan Michael Carrick mendominasi bahagian tengah.
United berpeluang menambah jaringan selepas itu namun sepakan Wayne Rooney diminit ke 26 berjaya ditepis keluar Manuel Almunia. Gandingan Emmanuel Adebayor dan Robin Van Persie gagal memberi ancaman terhadap benteng United yang diterajui Rio Ferdinand sepanjang perlawanan dan Ronaldo sekali lagi menambah derita Arsenal di minit ke 60 apabila menyudahkan gerakan dari kawasan sendiri bersama Park Ji Sung dan Wayne Rooney untuk menewaskan Manuel Almunia buat kali ketiga. Arsenal akhirnya memperolehi gol saguhati apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robin Van Persie di minit ke 75. Jelas pengalaman menjadi musuh utama Arsenal apabila sebilangan besar pemain mudanya gagal menyerap tekanan dalam saingan peringkat tinggi seperti ini. Dengan kemenangan ini United terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka di peringkat Eropah kepada 25 perlawanan dan berpeluang mencipta sejarah selaku pasukan pertama muncul juara dua kali berturut-turut sejak trofi ini bertukar nama. Lawan United di perlawanan akhir nanti akan ditentukan sama ada Chelsea atau Barcelona yang akan bertemu awal pagi nanti. Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan