02 Mei 2009

Peluang United Jarakkan Kedudukan Di Riverside

Darren Fletcher battles with Alexandre Song

Manchester United berpeluang melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana apabila berkunjung ke Stadium Riverside menentang skuad di ambang penyingkiran Middlesbrough malam ini. Dengan pencabar terdekat Liverpool hanya akan beraksi esok, skuad Sir Alex Ferguson berpeluang menjarakkan jurang kepada 6 mata. Walau bagaimanapun United tidak harus memandang rendah keupayaan lawan memandangkan reputasi Boro yang mampu mempamerkan aksi terbaik mereka apabila menentang pasukan gergasi. Ferguson dijangka merehatkan beberapa tonggak utamanya dalam perlawanan ini namun tidak berkompromi terhadap benteng pertahanan apabila hanya Rio Ferdinand tercicir dari senarai akibat kecederaan rusuk ketika pertembungan dengan Arsenal dalam Liga Juara Khamis lalu.

Ferguson dijangka menurunkan gandingan Federico Macheda dan Danny Welbeck dibahagian serangan manakala Paul Scholes, Nani, Darron Gibson dan Park Ji Sung mengisi bahagian tengah. United akan berkunjung ke Stadium Emirates kira-kira 72 jam selepas itu bagi pertembungan peringkat ke dua separuh akhir Liga Juara dan beliau mahukan agar bintangnya mendapat rehat mencukupi. Sementara itu, Boro yang berdepan ancaman penyingkiran berazam untuk mengecewakan United kali ini dan skuad bimbingan Gareth Southgate itu tiada pilihan lain selain mengutip 3 mata penting jika mahu meneruskan survival mereka untuk kekal dalam Liga Perdana musim depan. Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan