Sir Alex Ferguson percaya pasukannya kini sedang meniti puncak prestasi dan akan meledak menjelang final Liga Juara-Juara di Rome pada 27 Mei ini. United berpeluang menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi Liga Juara-Juara sejak kejohanan tertinggi Eropah ini ditukar nama. Pasukan yang menanti United di final nanti bukanlah calang-calang pasukan dan Barcelona juga tampak bersedia untuk menebus kekalahan kepada United di peringkat separuh akhir musim lalu. Ferguson percaya titik kebangkitan United ialah selepas kekalahan mengejut mereka ditangan Liverpool dan Fulham namun selepas itu pemain mula menunjukkan perwatakan sebenar yang membawa mereka menjulang gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim lalu. Ferguson turut melahirkan rasa kagum terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh bintang dari Portugal, Cristiano Ronaldo. Bagi Ferguson, Arsenal tidak berupaya mengawal pemain itu merujuk kepada sepakan percuma dari jarak 30 meter dan gol ketiga yang dihasilkannya.
Sementara itu pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan kekalahan ditangan United itu sesuatu yang cukup perit sepanjang kerjaya lebih 10 tahunnya mengendalikan skuad Gunners. Baginya Arsenal telah diperangkap oleh sebuah pasukan yang mempunyai naluri membunuh sangat kejam dan perlawanan itu sebenarnya telah tamat sebaik babak pertama berakhir. Arsenal gagal mempamerkan aksi yang membawa mereka layak ke separuh akhir dan terpaksa berhadapan dengan pasukan yang kukuh bertahan serta menantikan peluang melakukan serang balas pantas. Pengendali berbangsa Perancis itu juga mengucapkan tahniah buat United dan berharap skuad Red Devils itu mampu mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi di Moscow tahun lalu. Glory Glory Manchester United!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan