Ada rahsia di sebalik kejayaan Tom Cleverley menjaringkan gol pada perlawanan pusingan keempat Piala Capital One menentang Newcastle United awal pagi Khamis lalu. Gol jaringan Cleverley diminit ke-58 itu rupa-rupanya hasil dari kemarahan yang dilepaskan Sir Alex Ferguson kepadanya ketika dibilik persalinan semasa rehat separuh masa pertama. Perkara ini didedahkan Wayne Rooney yang mengatakan punca kemarahan Ferguson ialah akibat kegagalan Cleverley menyempurnakan jaringan gol di babak pertama perlawanan meskipun pemain muda itu memperolehi peluang-peluang terbaik di depan gawang lawan. "Tom melepaskan beberapa peluang di babak pertama dan itu membuatkan pengurus kurang senang", kata Rooney. Hal ini bukanlah asing buat pemain-pemain United yang cukup kenal dengan reputasi `hair dryer treatment' pengurus lagenda itu. Bagi pemain-pemain veteran United yang lain seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes, mereka sudah biasa dengan situasi ini malah sudah menyaksikan sendiri insiden yang lebih teruk akibat dari kemarahan Ferguson. Insiden paling terkenal akibat sikap panas baran Ferguson yang masih diingati hingga sekarang tentunya `kes baling kasut' ke atas David Beckham pada 2003 hingga mengakibatkan bekas bintang United itu mengalami kecederaan di kening. Ramai juga yang percaya insiden itu menyebabkan Beckham dijual kepada Real Madrid empat bulan kemudian. Ferguson memang terkenal dengan sikap kerasnya di bilik persalinan terutamanya jika ada antara pemainnya bermain di bawah prestasi sebenar. Pada perlawanan menentang Newcastle United, Cleverley dilihat banyak melepaskan peluang menjaringkan gol terutamanya di babak pertama dan hal itu membuatkan Ferguson agak kurang senang. Selepas muncul pemain paling teruk menjadi mangsa kemarahan Ferguson, Cleverley tampil diseparuh masa kedua dengan gol yang menarik. Ini juga merupakan gol pertama pemain muda itu untuk United dalam kariernya bersama pasukan utama. Ferguson sebelum ini pernah berkata bahawa usia yang semakin meningkat menjadikan dia seorang yang lebih penyabar dan sudah meninggalkan reputasinya sebagai `hair dryer treatment' itu. Apapun jika untuk kebaikkan pasukan Ferguson tidak perlulah berubah secara drastik dan jika reputasinya sebagai `hair dryer treatment' boleh meningkatkan prestasi pasukan, sebaiknya bos United itu jangan membuang terus sikap panas barannya itu. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan