Pertembungan dua musuh tradisi, Manchester United dan Liverpool sentiasa dianggap sebagai perlawanan terbesar dalam kalendar bolasepak England. Kedua-dua kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak Britain itu akan meneruskan perseteruan mereka dan dijadualkan bertemu di Anfield hari ini. Biar di tahap mana kedua-dua kelab berada ketika ini, pertembungan dua musuh tradisi ini sentiasa dinanti dan kadangkala dihiasi dengan kontroversi sepertimana yang berlaku musim lalu (kes perkauman membabitkan Patrice Evra dan Luis Suarez). Perlawanan hari ini juga menjadi perlawanan pertama diadakan di Anfield sejak laporan Tragedi Hillsborough dikeluarkan yang tentunya juga menjadi detik memperingati 96 mangsa yang terkorban. Terdapat ramai pihak percaya bahawa hari ini bakal menjadi titik perubahan dalam hubungan antara kedua-dua kelab di mana United dan Liverpool boleh menyokong antara satu sama lain terutamanya dalam memperingati tragedi lampau termasuk kes Hillsborough dan nahas udara Munich. Tiga mata penuh tentunya menjadi rebutan malah Liverpool pasti mahu melakar kemenangan pertama mereka dalam saingan liga musim ini di bawah Brendan Rodgers. Wayne Rooney, Chris Smalling, Phil Jones dan Ashley Young kekal dalam senarai pemain United yang tersisih kerana kecederaan manakala Patrice Evra dijangka merebut semula tempatnya dari Alexander Buttner. Robin Van Persie akan terus memikul tanggungjawab sebagai penggempur utama sambil dibantu Shinji Kagawa di belakang. Liverpool menunjukkan perlawanan ini penting buat mereka apabila menurunkan skuad kedua ketika berdepan Young Boys dalam saingan Liga Europa Khamis lalu sebagai persediaan buat bintang mereka menghadapi kunjungan United. Liverpool masih tercari-cari kemenangan pertama mereka selepas mencatat dua keputusan seri dan dua kekalahan dari empat perlawanan mereka manakala United pula sudah mencatat tiga kemenangan berturut-turut dari tiga perlawanan terakhir. Statistik jaringan juga menunjukkan United antara kelab paling produktif dalam menghasilkan gol apabila skuad The Red Devils mencatat nisbah 2.5 gol dalam setiap perlawanan. Bagaimanapun jika penyokong kedua-dua pasukan mahu menyaksikan pesta gol dalam perlawanan ini, mereka mungkin boleh melupakan hasrat tersebut. Dalam tiga pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan berkesudahan dengan keputusan jaringan tidak melebihi tiga gol malah dalam dua pertemuan terakhir gol hanya dapat dijaringkan di penghujung permainan. Apapun perlawanan ini tentunya mencetuskan emosi berapi-api baik di kalangan pemain atau penyokong kedua-dua pasukan dan tetap perlawanan terbesar dalam kalendar bolasepak England. Glory Glory Manchester United!!!
Rekod Pertemuan:
- Kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 186 kali dengan Liverpool unggul mencatat 72 kemenangan berbanding 62 milik United.
- Liverpool tidak kalah dalam lima perlawanan terakhir menentang United di Anfield apabila mereka menang empat kali dan seri sekali.
- Dalam lima pertemuan terakhir liga, empat kad merah dilayangkan kepada kedua-dua pasukan.
Fakta Perlawanan:
- Tanpa kemenangan selepas empat perlawanan, Liverpool mencatat permulaan terburuk dalam tempoh 101 tahun.
- Dalam pertemuan menentang Liverpool, Nemanja Vidic dilayangkan kad merah sebanyak tiga kali.
- Sejak musim lalu, United dianugerahkan 13 sepakan penalti, catatan tertinggi dikalangan kelab Liga Perdana yang lain.
Barisan Kemungkinan Liverpool:
Pepe Reina, Martin Kelly, Martin Skrtel, Daniel Agger, Glenn Johnson, Steven Gerrard, Nuri Sahin, Joe Allen, Fabio Borini, Luis Suarez & Raheem Sterling
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Rafael dan Silva, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Luis Antonio Valencia, Michael Carrick, Nani, Shinji Kagawa & Robin Van Persie

Tiada ulasan:
Catat Ulasan