Lima gol menghiasi pertembungan Manchester United dan Tottenham Hotspurs di Old Trafford tengah malam tadi. Kemenangan 3-2 skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu ke atas United di Theatre of Dreams mengakhiri pencapaian buruk Spurs di Old Trafford sejak hampir 23 tahun. Ketika perlawanan baru berlangsung dua minit, Spurs unggul di depan hasil jaringan Jan Vertonghen melalui gerakan Gareth Bale. Kepantasan Bale sekali lagi menjadi igauan kepada benteng pertahanan United apabila pemain Wales itu berhasil menembusi gawang Anders Lindegaard diminit ke-32 untuk meletakkan Spurs selesa mendahului dengan dua gol. Spurs menguasai permainan di babak pertama dan berjaya mempertahankan kelebihan dua gol milik mereka hingga tamat separuh masa pertama. Babak kedua berlangsung lebih menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan United memerlukan hanya enam minit (minit ke-51) sebaik babak kedua bersambung untuk merapatkan kedudukan menerusi jaringan Nani. Kegembiraan United tidak bertahan lama apabila seminit selepas itu Spurs kembali melebarkan kedudukan menerusi Clint Dempsey. Bekas pemain Fulham itu memanfaatkan bola muntah hasil percubaan Bale untuk meletakkan Spurs mendahului 3-1. Permainan bertambah menarik apabila dua minit selepas itu giliran Shinji Kagawa pula merapatkan kedudukan buat United yang memanfaatkan gerakan dari Robin Van Persie. Selepas gol itu, United meneruskan tekanan ke atas benteng pelawat untuk mencari gol penyamaan namun tendangan percuma Rooney diminit ke-61sekadar singgah di tiang gol. Percubaan-demi percubaan United untuk mencari gol penyamaan berakhir dengan kebuntuan dan The Red Devils akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan pertama mereka kepada Spurs di Old Trafford sejak 1989. Glory Glory Manchester United!!!
Statistik Perlawanan:
Penguasaan Permainan: 62% - 38%
Sepakan Sudut: 9 - 5
Percubaan Tepat: 8 - 3
Percubaan Tersasar: 6 - 2
Kekasaran: 7 - 6
Offside: 2 - 2
Kad Kuning: 0 - 0
Kad Merah: 0 - 0
Gol: 2 - 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan