Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand melontarkan amaran kepada seteru setempat yang juga pencabar kejuaraan liga musim ini, Manchester City bahawa pasukannya mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menafikan hajat City merangkul kejuaraan liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun. United kembali menguasai kedudukan tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Fulham di Old Trafford pada pagi Selasa sekaligus memiliki kelebihan tiga mata ke atas City yang berada di tangga kedua. Dua hari sebelumnya, City sekadar berkongsi mata apabila diikat Stoke City di Stadium Britannia. Persembahan United ketika berdepan Fulham bukanlah prestasi terbaik mereka meskipun skuad The Red Devils menguasai permainan, tetapi Ferdinand menegaskan pengalaman berdepan tekanan dalam perlumbaan mengejar kejuaraan liga saban musim memberi kelebihan besar buat United berbanding City. "Ia (perlumbaan kejuaraan liga) berlaku setiap tahun dan pada peringkat ini kami tahu apa yang perlu kami lakukan. Kami tahu kami boleh mencipta peluang dan bertenang. Jika kedudukan terikat 0-0 dan permainan memasuki minit ke-88, kami tetap kekal optimis yang kami akan mencipta peluang dan memenangi perlawanan", kata Ferdinand. Keputusan seri yang dicatatkan City hujung minggu lalu meninggalkan tandatanya tentang kemampuan skuad jutawan itu menangani tekanan berdepan situasi getir seperti ini, sesuatu yang tidak pernah mereka hadapi berbanding United. Walaupun kedua-dua kelab mengatakan mereka tidak terganggu dengan keputusan perlawanan masing-masing, Ferdinand percaya tindakan pengadil perlawanan, Michael Oliver menolak rayuan penalti Fulham selepas Danny Murphy dikasari Michael Carrick pastinya mendatangkan kesan psikologi kepada pencabar mereka itu (City). Tonggak pertahanan United itu percaya kesan psikologi boleh menjejaskan sesuatu pasukan namun dia menegaskan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku keatas City. "Ini adalah mengenai kami. Jika kami kekal tenang dan memenangi semua baki perlawanan, kami tentu akan berjaya". Glory Glory Manchester United!!!
Berita-Berita Lain:
GIGGS: ZANETTI LAWAN PALING SUKAR
Veteran Manchester United, Ryan Giggs mendedahkan bahawa kapten Inter Milan, Javier Zanetti adalah lawan yang paling sukar pernah dihadapi sepanjang kariernya. Giggs yang berharap mampu bermain sehingga 1,000 perlawanan buat United tampil pada perlawanan ke 900nya ketika berdepan Norwich City 26 Februari lalu dan menjaringkan gol kemenangan di penghujung permainan. "Pertama kali saya berdepan Zanetti ialah ketika peringkat suku akhir Liga Juara-Juara 1999. Dia bermain sebagai bek kanan dan saya pula sebagai sayap kiri. Dia begitu mengagumkan dengan kualiti yang dimilikinya, kepantasan dan kepintarannya. Saya berdepan dengannya lebih dari dua kali dan dia merupakan lawan yang sukar dan pemain yang sempurna", kata Giggs. Giggs juga memberikan pujian terhadap ikon Juventus, Allesandro Del Piero yang menurutnya pemain terbaik Itali dan mengakui dia sentiasa mengikuti perkembangan Del Piero sepanjang kariernya.
MACHEDA YAKIN BERBA DAN POGBA AKAN SUKSES DI ITALI
Pemain Manchester United yang kini dipinjamkan ke Queens Park Rangers, Federico Macheda yakin Dimitar Berbatov dan Paul Pogba tidak akan berdepan sebarang masalah jika mereka mengambil keputusan berhijrah ke Serie A musim depan. Spekulasi bertiup kencang mengatakan Berbatov dan Pogba antara pemain yang akan meninggalkan United musim depan dan dikaitkan dengan Juventus. Menurut Macheda, kedua-dua rakan sepasukannya itu tidak akan berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan gaya permainan Itali jika mereka mahu berhijrah ke Serie A. "Berbatov adalah pemain yang hebat dan dia mampu mempamerkan aksi baik jika menyertai Juventus. Penyerang hebat sepertinya akan sempurna jika bemain untuk Juve. Pogba juga pemain hebat dan sangat kuat. Dia mampu bermain dengan baik di Itali", kata Macheda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan