Selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Athletic Bilbao pada perlawanan pertama minggu lalu, Sir Alex Ferguson berharap pasukannya mampu memadamkan defisit satu gol yang diperolehi lawan pada perlawanan kedua saingan Liga Europa awal pagi esok. Biarpun berdepan misi sukar memandangkan lawan memiliki rekod cemerlang di gelanggang sendiri di peringkat Eropah, Ferguson tetap yakin United mampu melepasi halangan Bilbao sekaligus menempah tempat di peringkat suku akhir. Untuk rekod, kali terakhir Bilbao tewas di San Memes pada saingan peringkat Eropah ialah pada 17 Disember 2009 kepada Werder Bremen. Ferguson berharap kejayaan merampas kedudukan pendahulu takhta liga daripada Manchester City Ahad lalu akan menyuntik motivasi tambahan buat pemain-pemainnya dalam perlawanan ini. "Ini merupakan perlawanan yang sukar bagi kami. Bilbao memiliki kelebihan besar sekarang kerana mereka menang 3-2 di Old Trafford. Saya percaya rekod kami di gelanggang lawan di peringkat Eropah akan membantu kami", kata Ferguson. Penalti Wayne Rooney di penghujung permainan pada perlawanan pertama minggu lalu menghidupkan harapan skuad The Red Devils bangkit pada perlawanan ini dan tugas mencari dua gol tampak tidak mustahil untuk dilaksanakan. Bilbao sudah boleh melupakan perlumbaan merebut tempat pada saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas mereka tewas kepada Osasuna, Ahad lalu, tetapi Fernando Llorente dan Javi Martinez tetap pemain yang perlu diberikan perhatian pada perlawanan ini. Selepas kehilangan khidmat Nemanja Vidic sejak Disember lalu, Ferguson juga tidak membawa bersama Nani, Anderson, Chris Smalling dan Phil Jones pada kunjungan ke Sepanyol kali ini kerana masalah kecederaan. Bagaimanapun ada berita baik buat Ferguson apabila Luis Antonio Valencia yang mengalami kecederaan hamstring bulan lalu kini diberitakan cergas dan akan diturunkan di San Memes nanti. Glory Glory Manchester United!!!
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans, Rio Ferdinand, Rafael da Silva, Michael Carrick, Paul Scholes, Luis Antonio Valencia, Ashley Young, Wayne Rooney & Danny Welbeck
Berita-Berita Lain:
David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans, Rio Ferdinand, Rafael da Silva, Michael Carrick, Paul Scholes, Luis Antonio Valencia, Ashley Young, Wayne Rooney & Danny Welbeck
Berita-Berita Lain:
ISYARAT UNTUK BERBATOV PERGI
Isyarat untuk membiarkan Dimitar Berbatov pergi dari Old Trafford telah diberikan oleh Sir Alex Ferguson. Ferguson nampaknya memahami kehendak bekas pemain yang dibawa dari Tottenham Hotspurs dengan nilai 30 juta Pound untuk mendapatkan kelab yang boleh memberikan tempat untuknya dalam kesebelasan utama. "Pada usia 31 tahun, dia mahukan jaminan diberikan tempat dalam pasukan utama. Sukar bagi saya memberikan jaminan itu untuknya", kata Ferguson. Musim ini, Berbatov kerap memanaskan bangku simpanan di mana Ferguson nampaknya lebih gemar menggunakan gandingan Wayne Rooney, Javier Hernandez atau Danny Welbeck sebagai penggempur. Kali terakhir Berbatov beraksi ialah pada 23 Februari lalu ketika pertemuan dengan Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Europa.
HAZARD GEMBIRA FERGUSON TONTON AKSINYA
Bintang Lille, Eden Hazard yang dikatakan menarik minat beberapa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris mengakui bahawa beliau gembira apabila mengetahui Sir Alex Ferguson terbang ke Paris untuk menyaksikan aksinya. Ferguson dikatakan antara pengurus Liga Perdana Inggeris paling serius cuba mendapatkan tandatangan Hazard dan sanggup ke Paris menyaksikan pertemuan antara Lille dan Olympique Lyon hujung minggu lalu. Usaha itu dilakukan Ferguson sebelum tawaran secara rasmi diberikan untuk membawa bintang tengah itu ke Old Trafford musim panas nanti. "Saya sungguh gembira apabila mengetahui aksi saya dipantau oleh salah seorang jurulatih terbaik di dunia", kata Hazard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan