Blackburn Rovers tentunya berharap mereka mampu mengulangi pencapaian ke atas Manchester United pada pertembungan malam tahun baru yang menyaksikan mereka melakar kejutan apabila mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford. Awal pagi Selasa nanti, United akan berkunjung ke Ewood Park dalam usaha mereka mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga sambil cuba memadam igauan kekalahan mengejut kepada skuad bimbingan Steve Kean itu Disember lalu. Rovers yang tewas kepada Bolton Wanderers pada perlawanan terakhir mereka menduduki tangga ke-16 liga dan hanya memiliki kelebihan tiga mata dari pasukan yang berada di zon penyingkiran. United memenangi kesemua enam perlawanan terakhir mereka dan kini mendahului perlumbaan mengejar kejuaraan liga dengan kelebihan tiga mata dari pencabar terdekat Manchester City. Kini hanya tinggal trofi Liga Perdana sahaja yang menjadi fokus buat kedua-dua pasukan (United dan City) selepas masing-masing tersingkir dari saingan peringkat Eropah dan semua kejohanan kalah mati di peringkat domestik musim ini. United berpeluang mengekalkan pendahuluan mereka ketika ini namun perlu berhati-hati dengan ancaman dari skuad tuan rumah yang pastinya akan bermati-matian mencari tiga mata maksimum bagi menghidupkan harapan kekal beraksi di saingan elit Liga Perdana musim depan. Ancaman dari David Hoilett dan Ayegbeni Yakubu di barisan hadapan mereka perlu diawasi benteng United, apatah lagi Rovers hanya tewas sekali dari lima perlawanan terakhir mereka di gelanggang sendiri. Ewood Park bukanlah gelanggang yang `mesra' buat skuad The Red Devils apabila kali terakhir mereka menang di sini ialah pada Oktober 2008. Bagaimanapun United hanya tewas sekali dari dari 16 perlawanan mereka di gelanggang lawan musim ini sambil berharap Wayne Rooney terus menemui sentuhan jaringannya yang menyaksikan dia berjaya menjaringkan 17 gol dari 17 perlawanan terakhir di semua kejohanan. Rooney juga menjaringkan empat gol dari lima perlawanan terakhir menentang Rovers sementara Yakubu pula yang menjaringkan dua gol di Old Trafford Disember lalu sudah menjaringkan 14 gol musim ini. Rovers memperolehi kembali khidmat pertahanan mereka dari Perancis, Gael Givet yang pulih dari masalah hamstring manakala Nani pula dijangka menyertai skuad ke Ewood Park selepas disahkan pulih dari kecederaan pergelangan kaki. Glory Glory Manchester United!!!
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans, Rio Ferdinand, Rafael da Silva Ashley Young, Paul Scholes, Michael Carrick, Luis Antonio Valencia, Wayne Rooney & Danny Welbeck
Tiada ulasan:
Catat Ulasan