Prestasi
Anthony Martial musim ini memang agak mengejutkan dan semua orang tahu bahawa
sejak akhir-akhir ini gandingan beliau bersama Marcus Rashford di barisan
hadapan adalah ancaman besar kepada mana-mana pertahanan lawan. Sebelum aksi
menentang Crystal Palace tempohari, Martial juga sempat mendedahkan tawaran
dari Ole Gunnar Solskjaer tentang nombor jersi yang beliau ingin gunakan musim
ini.
“Dia
pernah menawarkan kepada saya, adakah saya ingin menggunakan nombor 9 lagi?
Tentu sahaja jawapan saya `ya’. Solskjaer kemudian mengatakan bahawa sekarang
terserah kepada saya untuk membuktikan bahawa saya memang layak untuk
mendapatkannya menerusi aksi di atas padang”, kata Martial. Nombor 9 memang memiliki
nilai sentimental untuk Martial kerana diawal kedatangannya di Old Trafford,
beliau menggunakan nombor 9.
Bagaimana
prestasi Martial ketika itu? Musim pertama beliau di Old Trafford dengan jersi
nombor 9, Martial menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan. Dalam saingan liga
pula, beliau menjaringkan 11 gol dari 31 penampilan. Di era Louis Van Gaal,
Martial diplotkan warga Belanda itu sebagai penyerang tengah meskipun
kadangkala beliau juga diarahkan untuk bergerak melebar ke sisi kiri.
Bagaimanapun kedatangan Zlatan Ibrahimovic pada 2016 menyebabkan Martial
terpaksa menyerahkan jersi nombor 9 kepada legenda Sweden itu.
Nombor
9 dilucutkan dan sebagai gantinya Jose Mourinho memberikan jersi nombor 11
untuk digunakan Martial. Kedatangan Ibra yang bertindak sebagai penyerang
tunggal menyaksikan peranan Martial turut berubah. Bermula dari saat inilah
prestasi Martial mula menurun hinggakan pada suatu ketika timbul persoalan tentang
masa depan beliau di Old Trafford. Bagaimanapun ketibaan Ole Gunnar Solskjaer
pada Disember 2018 selaku pengganti Mourinho memberikan `nyawa’ kepada karier
Martial bersama kelab.
Enam
minggu selepas itu, beliau menandatangani lanjutan kontrak baharu yang menyaksikan
Martial kekal di Old Trafford sehingga 2024. Keputusan kelab ketika itu untuk
mengekalkan Martial hingga 2024 agak mengejutkan memandangkan beliau cuma
menjaringkan 21 gol dalam saingan liga sejak kehadirannya pada 2015. Sejak April
tahun lalu, Martial tampil dalam 25 perlawanan sebagai penyerang tengah tetapi beliau
cuma mampu menjaringkan tujuh gol.
Meskipun
kembali semula ke posisi `azalinya’, Martial masih belum mampu memenuhi harapan
penyokong-penyokong United. Di saat Solskjaer melepaskan Romelu Lukaku ke Inter
Milan, penyokong-penyokong United mula mengharapkan agar beliau menandatangani
seorang penyerang kelas dunia sebagai pengganti. Antara nama yang disebut-sebut
ketika itu bakal ditandatangani Solskjaer ialah Mario Mandzukic dan Edinson
Cavani.
Benarlah
kata pepatah, `sabar itu memang ada hikmahnya’ kerana selepas agak lama menanti,
Solskjaer akhirnya berjaya membuatkan Martial kembali ke prestasi terbaiknya. Di
Selhurst Park tempohari, Martial berjaya meledak gol ke 22 beliau untuk United dalam
semua kejohanan sekaligus meletakkan namanya dan Marcus Rashford sebagai
penjaring terbanyak United setakat ini. Bukan itu sahaja, kombinasi beliau
bersama Rashford turut mengingatkan kita kepada kelibat Andy Cole dan Dwight
Yorke suatu ketika dulu.
Martial
ketika ini tampak seperti sudah beradaptasi dengan cukup baik menerusi peranan dan
jersi nombor 9 yang digunakan beliau. Atau nombor 9 itu merupakan angka yang
cukup bertuah untuk Martial berbanding ketika beliau bermain dengan jersi
nombor 11? Cole dan Yorke adalah bayangan masa lalu, kombinasi dua penyerang yang
pernah menggerunkan pertahanan lawan suatu ketika dulu. Adakah kini kita sedang
melihat Solskjaer sedang mencipta gandingan Cole dan Yorke versi kedua? Glory
Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan