Selepas pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid, Manchester United seolah-olah kehilangan pemain yang mampu diberikan tanggungjawab sebagai pakar sepakan percuma. Walau bagaimanapun United sebenarnya masih mempunyai pengganti sesuai untuk diberikan tanggungjawab itu. Pemain yang dimaksudkan ialah Owen Hargreaves yang kini dalam proses pemulihan dari siri kecederaan lutut yang panjang. Pekara ini diakui sendiri oleh Sir Alex Ferguson yang menganggap, Hargreaves ialah individu paling tepat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo. "Cara Owen melakukan umpanan dan sepakan percumanya cukup hebat. Walaupun ketika Ronaldo masih bersama kami, Owen sempat mengambil dua kali sepakan percuma ketika kami berhadapan dengan Arsenal dan Fulham. Kedua-dua sepakannya itu menghasilkan gol", kata Ferguson. "Owen cukup bagus semasa melakukan sepakan dari luar petak penalti kerana dia mampu melambungkan bola melepasi pertahanan lawan dengan pantas. Dia kerap berlatih melakukannya ketika masih bersama Bayern Munich lagi", tambah Ferguson. Malangnya ketika Hargreaves sudah mula menyesuaikan diri bersama pasukan, kecederaan pula membelenggunya. "Kami amat merindukan khidmatnya. Dia kini menjalani proses fisioterapi dan kami berharap dalam tempoh sepuluh hari dia akan pulih sepenuhnya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan