09 November 2009

Gol Terry Jadi Pemisah

Wayne Rooney of Manchester United controls the ball under pressure from Nicolas Anelka of Chelsea
Manchester United terpaksa akur dengan kekebalan Chelsea apabila anak-anak buah Sir Alex Ferguson akhirnya tewas 0-1 kepada lawan yang tidak pernah mereka kalahkan di Stamford Bridge sejak tahun 2002. Kemenangan itu juga meletakkan Chelsea kukuh dikedudukan teratas liga dengan 30 mata, meninggalkan United ditangga ketiga dengan 25 mata. Sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil Martin Atkinson, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi Chelsea terlebih dahulu menguji gawang United menerusi Branislav Ivanovic. Ivanovic hampir meletakkan Chelsea dihadapan seawal minit ke 3 tetapi bola rembatannya dari sebelah kiri berjaya diselamatkan Edwin Van Der Sar. Selepas itu giliran Wayne Rooney pula menguji gawang Chelsea diminit ke 9, tetapi rembatannya melambung disebelah kanan gawang lawan. United jelas menguasai perlawanan pagi tadi apabila Michael Carrick, Anderson, Ryan Giggs, Darren Fletcher dan Luis Antonio Valencia mendominasi bahagian tengah padang. Strategi Ferguson meletakkan lima pemain di bahagian tengah ternyata membuahkan hasil sehinggakan Frank Lampard, Mikel Essein, Michael Ballack dan Deco gagal membekalkan umpanan-umpanan berkualiti buat penggempur The Blues.

Deco of Chelsea is pursued by Anderson of Manchester United
Pujian juga harus diberikan kepada Wes Brown dan Jonny Evans yang diberikan tanggungjawab mengemudi pertahanan tengah United menggantikan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic yang dibelenggu kecederaan. Brown dan Evans melaksanakan tugas mereka dengan berkesan hinggakan Didier Drogba yang dikatakan berada pada prestasi terbaiknya jarang mendapat peluang menggugat gawang United. Bagaimanapun diminit ke 32, Nicholas Anelka yang melarikan bola dari sebelah kanan berjaya mencemaskan kubu United tetapi rembatannya berjaya ditepis Van Der Sar. Bersambung dibabak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan dengan masing-masing silih berganti melancarkan serangan ke kubu lawan dan permainan menjadi sedikit keras selepas itu. Diminit ke 59, United memperolehi peluang melalui Darren Fletcher tetapi tendangannya dari jarak 20 meter berjaya ditampan Ricardo Carvalho. United sekali lagi mengancam kubu Chelsea diminit ke 67, tetapi Rooney yang menerima umpanan Antonio Valencia sekadar menyaksikan sepakan lencongnya dari jarak 25 meter berjaya ditepis keluar Petr Cech.

Anderson of Manchester United holds off Michael Essien of Chelsea
John Terry akhirnya meleraikan kebuntuan apabila berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Frank Lampard diminit ke 76. Gol itu bagaimanapun mendapat bantahan keras Ferguson kerana beliau mendakwa Drogba telah melakukan kekasaran ke atas Brown dalam situasi kelam kabut sebelum gol itu dijaringkan. Ferguson juga mempertikaikan keputusan pengadil yang memberikan sepakan percuma itu memandangkan tiada kekasaran yang dilakukan oleh Fletcher ke atas Ashley Cole. "Sangat jelas Fletcher berjaya merebut bola itu dengan bersih malah Ashley Cole langsung tidak menyentuh bola sebaliknya sengaja merebah badan. Pengadil tidak melihat insiden itu kerana dia berada di belakang Joe Cole tetapi amat menghairankan dia boleh membuat keputusan. Gol itu juga sebenarnya boleh dipertikaikan kerana Drogba telah menarik dan menjatuhkan Brown. Anda semua boleh lihat begaimana kekasaran itu berlaku", kata Ferguson. United mendominasi minit-minit terakhir permainan untuk mencari gol penyamaan tetapi dihampakan pertahanan kental tuan rumah dan kedudukan kekal hingga tamat permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan