13 November 2009

Ferguson Digantung Empat Perlawanan

http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Clubs/Club_Home/2009/11/9/1257727798185/Manchester-United-manager-002.jpg
Jawatankuasa Tatatertib FA Inggeris mengenakan penggantungan empat perlawanan ke atas Sir Alex Ferguson kerana kritikannya terhadap Alan Wiley yang mengadili perlawanan Manchester United dan Sunderland pada 3 Oktober lalu. Selain itu, Ferguson juga dikenakan denda sebanyak 20 ribu Pound oleh badan bolasepak Inggeris itu. Kritikan Ferguson terhadap tahap kecergasan Wiley selepas perlawanan akhirnya mengundang padah buat pengendali dari Scotland itu biarpun kemudiannya Ferguson mengeluarkan kenyataan memohon maaf beberapa hari kemudian. "Setiap ahli jawatankuasa ini menyedari pencapaian dan sumbangan Sir Alex Ferguson dalam dunia bolasepak. Adalah jelas, pencapaian dan sumbangan Sir Alex seharusnya disertai dengan tanggungjawab besar yang harus dipikulnya", kata ketua jawatankuasa, Peter Griffiths.

"Jawatankuasa ini telah mempertimbangkan pengakuannya atas kenyataan yang telah dikeluarkan. Kami mendapati Sir Alex tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu", tambah Griffiths lagi. Ini bukanlah kali pertama Ferguson dijatuhkan hukuman oleh FA kerana mengkritik pegawai perlawanan. Pada tahun 2003 dan 2007, pengendali berusia 67 tahun itu pernah digantung dua perlawanan kerana kritikannya terhadap pengadil. Kelmarin, Ferguson terlibat dengan satu lagi siri kritikan terhadap pengadil perlawanan selepas mempertikaikan keputusan Martin Atkinson memberikan sepakan percuma kepada Chelsea yang membawa kepada jaringan kemenangan John Terry ke atas pasukannya di Stamford Bridge. Walau bagaimanapun FA tidak mengenakan apa-apa dakwaan kepada Ferguson kerana mendapati kenyataan yang dikeluarkan Ferguson tidak menyentuh integriti pegawai perlawanan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan