Fellaini |
Kehadiran David Moyes yang bakal menduduki
kerusi pengurus di Old Trafford musim panas ini menimbulkan persoalan pemain
mana yang akan dijual dan pemain manakah pula yang akan dibawa masuk. Satu nama
yang sering disebut-sebut dari deretan pemain yang dikatakan bakal
ditandatangani Moyes ialah bekas anak didiknya di Goodison Park, Marouane
Fellaini. Dalam tempoh dua musim terakhir, nama pemain tengah antarabangsa
Belgium itu memang sudah dikaitkan dengan minat United terhadapnya. Dengan Paul
Scholes sudah mengumumkan persaraan, terdapat ruang kosong yang cukup besar ditinggalkan
lagenda United itu di mana Moyes perlu mencari pengganti yang betul-betul bagus
bagi menggantikan tempat Scholes. Masalah kesihatan berpanjangan yang dialami
Darren Fletcher serta prestasi turun naik yang dipamerkan Anderson jelas
menjadi masalah besar buat Sir Alex Ferguson selaku pengurus sebelum ini. Ketika
ini tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Moyes hanya memiliki trio
Michael Carrick, Shinji Kagawa dan Tom Cleverley yang boleh dijadikan sandaran
utama di bahagian tengah musim hadapan. Jika ingin meningkatkan kualiti pasukan
terutamanya di bahagian tengah, Moyes wajib mendapatkan seorang midfielder yang bagus, dan Fellaini
adalah pilihan yang tepat terutamanya selepas melihat mereka (Moyes dan
Fellani) bekerjasama dengan baik ketika di Everton dalam tempoh beberapa tahun
terakhir. Musim lalu Fellaini diletakkan di berbagai posisi oleh Moyes dan
pastinya beliau arif tentang di mana kekuatan dan kelemahan yang ada pada
pemain itu. Dalam tempoh 12 bulan terakhir, Fellaini diletakkan di posisi yang
lebih offensive oleh Moyes tetapi dia
juga pernah memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan, di bahagian sayap
malah pernah menggalas tugas selaku penyerang.
Bebe |
Ketika mendapatkan Fellaini dari Standard Leige, Moyes berjaya memaksa pihak pengurusan Everton
mengeluarkan dana yang besar disebabkan beliau percaya, pemain itu bakal
memberikan impak kepada skuad The Toffees
kendaliannya. Kepercayaan merupakan faktor utama tetapi hubungan akrab antara
Moyes dan Fellaini selama empat tahun juga dilihat bakal mendorong pengendali
itu berusaha membawa bekas anak didiknya itu ke Old Trafford. Fellaini memiliki
ketinggian hampir 1.9 meter hinggakan kadangkala dilihat pemain paling tinggi di
dalam padang. Ketinggian Fellaini turut mempengaruhi kualitinya di udara di
mana dia mencatatkan statistik 77% memenangi perebutan bola dalam situasi
tersebut. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakkan gol-gol yang dihasilkannya adalah
menerusi tandukan. Kelebihan milik Fellaini bukan hanya setakat di udara kerana
dia juga memiliki keseimbangan dan kekuatan untuk menyambut hantaran-hantaran
lintang serta melakukan body charge ketika
bersaing untuk merebut bola. Musim 2011/12, Fellaini muncul pemain kedua yang
melakukan terjahan terbanyak di Liga Perdana selain mencatat penguasaan bola
selama 190 minit. United sebelum ini sudah beberapa kali melakukan kesilapan
ketika membeli pemain dalam beberapa tahun terakhir. Pembelian Bebe dengan
harga hampir 8 juta Pound adalah bukti terbaik, begitu juga Anderson yang di
beli dengan harga 20 juta Pound. Pembelian Bebe jelas satu kesilapan manakala
Anderson pula gagal menyinar selepas enam tahun berada di Old Trafford walaupun
dia pada mulanya diletakkan harapan sebagai pengganti Roy Keane. Jadi apakah
Marouane Fellaini pemain tengah paling sesuai untuk mengisi kekosongan yang
ditinggalkan Scholes sekaligus memberikan lebih kekuatan di bahagian tengah
Manchester United musim hadapan? Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan