11 Mei 2013

SELEPAS SIR ALEX, SCHOLES PULA MENYUSUL?



Selepas Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraannya Rabu lalu, kini giliran Paul Scholes pula mengambil langkah yang sama. Meskipun masih belum secara rasmi (mengumumkan persaraannya), Scholes dijangka berbuat demikian pada satu sidang akhbar dalam masa terdekat. Lagenda berusia 38 tahun itu mengumumkan persaraannya musim panas 2011 tetapi kembali bermain pada Januari tahun lalu selepas dipujuk Sir Alex Ferguson yang ketika itu berdepan krisis kecederaan permain di bahagian tengah. Scholes sudah bermain lebih 700 perlawanan Untuk United dijangka menamatkan karier bolasepaknya yang penuh gemilang hujung musim ini. Meskipun jarang bermain musim ini kerana kecederaan, Scholes tetap pemain penting yang berjaya membantu United menjulang trofi Liga Perdana buat kali ke-20. Ada laporan mengatakan Scholes akan mengumumkan persaraannya selewat-lewatnya minggu depan dan perlawanan menentang Swansea adalah yang terakhir buatnya. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan