Malam nanti, Manchester United akan bermain
buat kali terakhir di gelanggang sendiri musim ini. Sebagai penyokong setia,
kita sudah pasti menanti perlawanan ini dengan satu tujuan, iaitu mahu menyaksikan
upacara penyerahan trofi Liga Perdana di akhir perlawanan. Selepas mengumumkan
persaraannya Rabu lalu, perlawanan menentang Swansea City ini juga adalah
perlawanan terakhir buat Sir Alex Ferguson di Old Trafford sebagai pengurus.
Sebagai menghargai peranan besar yang telah dimainkannya selama 26 tahun, para
pemain United sendiri meminta agar trofi itu diserahkan kepada Sir Alex, bukan
kepada kapten pasukan sebagaimana lazimnya. Jangan lupa juga, ini merupakan
perlawanan terakhir buat seorang lagi lagenda United, Paul Scholes yang sah
akan bersara buat kali kedua hujung musim ini. Sebagai penghormatan buat pemain
tengah itu, Scholes dijangka berada dalam kesebelasan utama United malam ini. Berbalik
kepada pertemuan United dan Swansea malam ini, skuad The Red Devils sudah pasti mahu menghadiahkan kemenangan buat Sir
Alex pada aksi terakhir di Old Trafford.
United gagal meraih mata penuh pada dua perlawanan terakhir mereka apabila diikat Arsenal 1-1 (di Emirates) dan kemudiannya tewas kepada Chelsea 0-1 (di Old Trafford). Perlawanan ini tentunya menghadirkan emosi yang bukan sedikit buat penyokong-penyokong United dan pemain-pemain pula sudah pasti terdorong untuk menghadiahkan kemenangan buat dua lagenda itu (Sir Alex dan Scholes) di hadapan penyokong sendiri sebagai hadiah perpisahan. Bukan hanya faktor Sir Alex dan Scholes, kerana The Red Devils juga punya misi lain untuk dilaksanakan mereka. Jika menang dua perlawanan terakhir liga musim ini, United akan menyamai pencapaian memungut 91 mata yang dilakukan skuad musim 1999/00 ketika mereka menjulang trofi liga 13 tahun lalu. Skuad kendalian Michael Laudrup pula pincang selepas beberapa pemain mereka yang dibelenggu kecederaan. Michael Vorm, Chico Flores, Michu, Ronald Lamah dan Ki Sung-Yeung dijangka terlepas aksi malam ini manakala United pula kekal tanpa khidmat Ashley Young, Danny Welbeck dan Darren Fletcher, manakala Rafael da Silva pula digantung perlawanan kerana layangan kad merah yang diterimanya minggu lalu. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Fakta Perlawanan:
- Swansea tidak pernah menewaskan United
dalam lima pertemuan terakhir mereka.
- Sejak 1931, kedua-dua pasukan sudah bertemu
sebanyak sembilan kali di Old Trafford. Dalam sembilan pertemuan itu, The Swans tidak pernah sekalipun meraih
kemenangan di Theatre of Dreams.
- Kali terakhir Swansea menewaskan United
ialah pada 30 Januari 1982 dengan keputusan 2-0.
- United hanya menang dua dari enam
perlawanan terakhir mereka di Liga Perdana.
- Semasa pertemuan menentang Chelsea, United
gagal menjaringkan sebarang gol. Ini merupakan kali pertama United gagal
menjaringkan gol dari 67 aksi terakhir Liga Perdana di Old Trafford.
- United menjaringkan lima gol hasil jaringan
sendiri pemain lawan musim ini. Ini juga merupakan catatan tertinggi berbanding
pasukan lain musim ini.
- Swasea cuma menang dua dari sembilan perlawanan
terakhir mereka di Liga Perdana.
- Kemenangan yang diraih Swansea ke atas
Wigan minggu lalu mengakhiri kemarau tanpa kemenangan tujuh perlawanan mereka.
- Musim ini, skuad Michael Laudrup mencatat enam
keputusan seri tanpa jaringan sekaligus catatat tertinggi berbanding pasukan
lain.
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Phil Jones, Rio Ferdinand,
Nemanja Vidic, Patrice Evra, Antonio Valencia, Michael Carrick, Paul Scholes,
Shinji Kagawa, Robin Van Persie & Chicharito
Barisan Kemungkinan Swansea:
Gerhard Tremmel, Angel Rangel, Ashley
Williams, Garry Monk, Ben Davies, Leon Britton, Jonathan de Guzman, Wayne
Routledge, Pablo Hernandez, Nathan Dyer & Itay Shechter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan