24 April 2012

CLASS OF 92 VERSI 2


Minat yang ditunjukkan Sir Alex Ferguson terhadap bintang-bintang muda sejak kebelakangan ini menguatkan lagi andaian bahawa bos United itu sedang cuba mengulangi pencapaiannya melahirkan kelompok pemain muda seperti versi Class of 92.  Terbaru, Ferguson secara terbuka menyatakan dia amat tertarik dengan permainan bintang tengah LOSC Lille, Eden Hazard.  Hazard memang sudah tidak asing lagi di kalangan penyokong United, apabila pemain antarabangsa Belgium itu sering dikaitkan dengan spekulasi bakal berpindah ke Old Trafford musim depan biarpun dia turut menarik minat Tottenham Hotspurs, Arsenal dan Manchester City. Ferguson dikatakan bercita-cita mengulangi pencapaian meraih kejuaraan treble 1999 (Piala FA, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara) yang pernah dikecapi United hasil kejayaan pembangunan pemain-pemain muda yang cukup dikenali dengan nama Class of 92 itu.  Ketika itu kombinasi nama-nama seperti David Beckham, Gary Neville, Nicky Butt, Phil Neville, Ryan Giggs dan Paul Scholes dari Class of 92 menjadi tunjang kekuatan United pada era 90an hingga berjaya meraih pencapaian sepanjang zaman dengan memenangi kejuaraan treble pada tahun 1999. Selepas mempunyai `koleksi' beberapa pemain muda seperti Jonny Evans, Fabio, Rafael da Silva, Tom Cleverley dan Danny Welbeck dari akademi, Ferguson membawa masuk Chris Smalling (2010) serta Phil Jones dan David de Gea (2011).  Dengan Nicolas Gaitan yang sudah digembar-gemburkan bakal menyarung jersi United musim depan, kini Ferguson hanya menunggu kehadiran Hazard untuk melengkapkan barisan muda United.  Selepas 20 tahun penubuhan Class of 92, apakah akan ada lagi versi kedua atau lebih tepat lagi Class of 12 pula.  Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan