Manchester United telah membuka perbincangan dengan Everton untuk menandatangani pertahanan antarabangsa England, Leighton Baines. Ketua Eksekutif, Manchester United, David Gill dilaporkan telah membentang tawaran bernilai 12 juta Pound kepada Pengerusi Everton, Bill Kenwright untuk membawa Baines ke Old Trafford musim panas ini. Meskipun Kenwright tidak mahu kehilangan pemain tonggak seperti Baines, dan dikatakan meminta tambahan 3 juta Pound lagi dari tawaran asal, The Toffees dijangka menerima tawaran United dan akan melepaskan Baines. United hanya perlu menunggu kata putus dari Baines sendiri tentang masa depannya dan pemain itu dijangka membuat pengumuman rasmi sebelum berangkat bersama skuad kebangsaan ke Ukraine untuk pusingan akhir Euro 2012. Sir Alex Ferguson melihat Baines sebagai pelapis sesuai buat Patrice Evra yang sudahpun menjangkau usia 31 tahun dan mendominasi bahagian kiri pertahanan sejak 6 tahun terakhir. Baines membuktikan kualitinya sejak menyertai Everton dari Wigan Athletic pada 2007 dan menjadi tonggak skuad David Moyes sejak beberapa musim lalu. Pemain itu mencipta rekod kelab apabila beraksi sebanyak 99 perlawanan berturut-turut untuk Everton sebelum direhatkan pada perlawanan liga menentang Sunderland pada 27 Mac lalu. Baines masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun bersama Everton namun penjualannya bakal memberikan tambahan dana kepada Moyes bagi mencari pemain baru. Ketika ini Moyes dikatakan mahu mendapatkan kembali khidmat Steven Pienaar secara tetap selepas dipinjamkan dari Tottenham Hotspurs Januari lalu, dan wang hasil penjualan Baines boleh digunakannya untuk membawa kembali Pienaar secara tetap ke Goodison Park. Pada beberapa perlawanan terakhir Everton musim ini, Moyes telah menggunakan Sylvain Distin sebagai bek kiri dan bos Everton itu nampaknya sudah memiliki pengganti Baines di posisi tersebut. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan