Penyokong-penyokong Manchester United mungkin
berpeluang menyaksikan idola mereka, Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford
musim panas ini jika desas desus berkenaan kesediaan salah satu penaja United,
General Motors merealisasikan hasrat tersebut menjadi kenyataan, Menurut
laporan media di England, General Motors dikatakan bakal terlibat dengan satu
perjanjian pakej kewangan sensasi bagi membawa Ronaldo pulang semula ke Old
Trafford. Meskipun baru-baru ini Ronaldo mengeluarkan kenyataan dia gembira dengan
kehidupannya di Madrid namun dalam masa yang sama bintang antarabangsa Portugal
itu tidak menolak kemungkinan menyertai semula United. Salah satu sebab paling
besar Ronaldo ingin meninggalkan Sepanyol adalah kerana dia merasakan tidak
mendapat pengiktirafan dan penghormatan selayaknya di sana, di mana
peminat-peminat bolasepak Sepanyol sering bercakap tentang kehebatan Lionel
Messi di hadapannya. Dengan pengendali Madrid sendiri, Jose Mourinho yang juga
rakan senegara Ronaldo bakal meninggalkan Madrid musim panas ini, kemungkinan
bahawa bintang Portugal itu kembali semula ke England kian terbuka luas. Meskipun
Paris St Germain menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk membawa Ronaldo
beraksi di Ligue 1, England tetap kekal sebagai destinasi pilihan utama Ronaldo
jika dia mengambil keputusan meninggalkan Madrid penghujung musim ini. Halangan
paling besar ketika ini ialah sama ada United boleh menyaingi gaji semasa
pemain itu sebanyak 220,000 Pound seminggu tambahan pula dengan peraturan
kewangan baharu UEFA yang akan berkuatkuasa musim depan. Walau bagaimanapun bagi
mengatasi kekangan peraturan kewangan UEFA ini, pemain boleh menandatangani
pakej gaji berasingan dengan penaja kelab dan model seperti inilah yang sedang dipertimbangkan
di Old Trafford. General Motors diberitakan bersedia menjadikan Ronaldo sebagai
duta mereka untuk membantu membawanya kembali semula ke bandar Manchester dan beraksi
di Liga Perdana England selepas berhijrah ke Real Madrid pada 2009. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan