6. Andy
Cole: Cole adalah idola dan profesional tulen, maka atas sebab itulah Sir
Alex mengejutkan ramai pihak ketika beliau mengambil keputusan mendapatkan
tandatangannya dari Newcastle United pada 1995. Cole berjaya membentuk
kombinasi paling prolifik bersama-sama Dwight Yorke hingga membolehkan United
meraih kejuaraan treble pada musim
1998-99. Cole cukup berjaya di Old Trafford tetapi agak mengejutkan apabila
melihat rekod penampilannya bersama skuad kebangsaan England dimana beliau hanya
bermain sebanyak 15 kali untuk Three
Lions. Sepanjang enam tahun bersama United, Cole menjaringkan 121 gol dari
275 penampilan dan akan sentiasa diingati atas sumbangannya disebalik pencapaian
gemilang skuad treble 1999. Jika anda
pengikut setia United, anda pastinya mengingati gol kemenangan Cole ketika
menentang Totteham Hotspurs pada perlawanan terakhir liga musim 1998-99
sekaligus mengesah kejuaraan liga ketika itu milik United. Juga gandingannya
bersama-sama Yorke berjaya menghuru-harakan pertahanan Juventus pada
pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara edisi 1998-99 di Turin yang
menyaksikan United bangkit untuk menang 3-2 selepas ketinggalan dua gol
menerusi jaringan Fillipo Inzaghi.
5. Wayne
Rooney: Mungkin ramai yang
mempertikaikan kenapa Rooney sekadar berada di tangga kelima, tidak pada
kedudukan lebih baik. Sebenarnya sukar untuk membuat pilihan tetapi terdapat
penyerang yang dirasakan `lebih baik’ untuk diletakkan pada kedudukan `lebih
baik’ berbanding Rooney. Walau bagaimanapun Rooney adalah lagenda United
biarpun pernah mendedahkan bahawa beliau adalah penyokong Everton sejak zaman
kanak-kanak. Rooney memang diakui telah melakukan beberapa kesilapan dan paling
diingati ialah tentang kenyataannya bahawa beliau mahu meninggalkan Old
Trafford dua tahun lalu sebelum melakukan pusingan `U’ 24 jam kemudian. Walau
bagaimanapun Rooney kini semakin matang sebagai pemain dan banyak belajar dari
kesilapannya hingga disebut-sebut sebagai kapten United dan England di masa
hadapan. Sebab utama mengapa Rooney masih berada di Old Trafford adalah
disebabkan pengorbanan yang dilakukannya untuk kelab. Ketika bersama-sama
Cristiano Ronaldo yang bermain disebelah kiri, Rooney adalah penyerang utama
yang bergerak di tengah. Sejak penghijrahan Ronaldo, Rooney mula diberikan
tanggungjawab bermain dalam berbagai-bagai posisi hingga menjejaskan
ketajamannya dan paling mutakhir Rooney kini lebih kerap bergerak di bahagian
tengah sebagai pengumpan kepada Robin Van Persie. Dengan tanggungjawab baru
yang dipikulnya, agak mustahil untuk melihat Rooney menjaringkan lebih 20 gol
semusim sepertimana yang pernah dilakukannya pada musim 2009-10 dan 2011-12.
Mungkin ketika ini Rooney tidak boleh dikategorikan sebagai penyerang
berdasarkan peranan yang dipikulnya tetapi Wazza adalah pemain boalsepak yang
sempurna, sama seperti seorang lagi lagenda United, Duncan Edwards.
4. Eric
Cantona: King Eric seorang penyerang? Sebenarnya Cantona sama seperti
Rooney yang boleh bermain di mana-mana posisi. Sebagai penyerang, Cantona
adalah bertaraf dunia dan sebagai pemain tengah dia diiktiraf mempunyai
kemahiran seperti Zinedine Zidane. Cantona dianggap lagenda kerana keajaiban
yang dibawanya untuk United sehingga berjaya menghadiahkan trofi liga buat kali
pertama selepas kemarau selama 24 tahun. Cantona adalah inspirasi buat United
selepas berhijrah ke Old Trafford dari Elland Road dan berjaya membantu The Red Devils menjulang trofi liga pada
musim pertamanya bersama United. Dalam tempoh lima musim di Old Trafford,
Cantona berjaya membantu United menang sembilan trofi utama termasuk empat
kejuaraan liga. Karier Cantona mungkin sedikit tercalar akibat tendangan kung-fu
yang dilakukanya ke atas penyokong Crystal Palace tetapi itu tidak cukup untuk
menidakkan sumbangannya sekaligus mengangkat beliau sebagai pemain terbaik
pernah ditandantangani Sir Alex. Cantona menjaringkan 82 gol dari 185
penampilannya untuk United, membantu The
Red Devils menjulang empat kejuaraan liga, dua kejuaraan Piala FA dan tiga
Perisai Komuniti sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 1997 pada usia
31 tahun.
3. Ruud
Van Nistelrooy: Statistik tidak pernah berbohong, dan statistik juga mengatakan
bahawa Van Nistelrooy adalah mesin gol. Van Nistelrooy kadangkala dianggap
sebagai pemain yang mementingkan diri ketika di padang tetapi penyerang hebat
sepertinya perlu mementingkan diri untuk mendapatkan pengiktirafan. Seorang
penyerang perlu menjaringkan banyak gol untuk diiktiraf sebagai penggempur
hebat dan itulah yang dilakukan Van Nistelrooy bersama United. Sir Alex memang
menyedari potensi milik Van Nistelrooy, jadi beliau tidak teragak-agak untuk
menandatanganinya dari PSV Eindhoven biarpun penyerang itu sebelumnya
dibelenggu kecederaan lutut yang agak serius. Selepas lima tahun menyarung
jersi United (2001-2006), Van Nistelrooy akhirnya `dipaksa’ meninggalkan Old
Trafford kerana pertelagahannya dengan anak emas Sir Alex, Cristiano Ronaldo
dalam sesi latihan. 150 gol dari 219 penampilan…statistik yang sudah cukup
untuk membuktikan bahawa Van Nistelrooy memang dilahirkan untuk menjaringkan
gol.
2. Robin
Van Persie: Ramai yang mungkin mempertikaikan bagaimana seorang pemain yang
belumpun semusim bermain untuk United boleh berada di tangga kedua. Pemilihan
Van Persie di kedudukan ini bukanlah disebabkan popularitinya di kacamata
penyokong-penyokong United begitu tinggi ketika ini, tetapi ianya lebih kepada
statistik jaringan yang dimiliki bekas penggempur Arsenal itu. Kita sebenarnya
sudah lama tidak menyaksikan seorang finisher
hebat di Old Trafford selepas era Van Nistelrooy. Tidak keterlaluan untuk
mengatakan bahawa sejak dua tahun terakhir ini, Van Persie muncul salah seorang
dari tiga penyerang terbaik dunia. Malah ada yang berani mengatakan jika United
berjaya menjulang kejuaraan treble
musim ini, Van Persie adalah faktor utamanya. Lihatlah bagaimana Van Persie
muncul penyelamat melalui penyudah hebatnya bermula ketika menentang
Southampton hinggalah gol kemenangan yang dihasilkannya ketika menewaskan
Manchester City di Etihad. Bukan mudah buat seorang pemain menjaringkan 23 gol
dari 32 perlawanan pada musim pertama untuk pasukan barunya, tetapi Van Persie
sudahpun melakukannya bersama United. Jadi tidak hairanlah mengapa Sir Alex
sanggup membayar 25 juta Pound bagi mendapatkan pemain yang sudah berusia 29
tahun. Hanya satu sebab iaitu, kerana Sir Alex tahu bahawa Van Persie adalah
pemain yang boleh memberi sumbangan besar dalam misi pasukannya memburu
kejuaraan liga buat kali ke-20 musim ini. Sepanjang kariernya di England, Van
Persie sudah menjaringkan 176 gol dari 386 penampilan. Jika Van Persie boleh
bermain dengan baik untuk tempoh tiga atau empat musim lagi, tidak mustahil
beliau akan dijulang sebagai lagenda United satu hari nanti.
1. Cristiano
Ronaldo: Tidak syak lagi bahawa CR7 adalah antara pemain terbaik pernah
disaksikan beraksi untuk United. CR7 bukanlah seorang penyerang tulen tetapi bergerak
sebagai pemain sayap. Sir Alex menandatanganinya dari Sporting Lisbon pada 2003
bagi mengambilalih posisi David Beckham yang berhijrah ke Real Madrid.
Kehilangan Beckham tidak begitu diratapi meskipun bekas bintang antarabangsa
England itu adalah idola di Old Trafford kerana CR7 yang mewarisi jersi nombor
7 peninggalan Beckham segera memberikan impak. CR7 mempunyai segala ciri-ciri
yang diperlukan untuk muncul sebagai pemain terbaik dunia dan beliau sudahpun
memenangi pengiktirafan tertinggi buat seorang pemain bolasepak apabila
diistiharkan sebagai pemenang Balon d’Or 2008. CR7 bukan saja memiliki sepasang
kaki yang pantas untuk memperdayakan lawan malah turun memiliki kualiti
tandukan yang hebat. Tanyalah Patrice Evra bagaimana mudahnya CR7 mengatasi
beliau ketika perebutan bola diudara untuk menjaringkan gol penyamaan pada
pertemuan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, 14
Februari lalu. Dalam hal ini, statistik juga tidak pernah berbohong di mana CR7
menjaringkan 118 gol dari 292 penampilan untuk United manakala untuk Madrid
pula beliau menjaringkan 185 gol dari 183 penampilan sejak 2009 hingga kini.
CR7 sudah membuktikan kualiti yang ada pada dirinya dengan beraksi dalam dua
liga yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia (Liga Perdana dan La Liga). Semoga
satu hari nanti CR7 akan pulang semula ke`rumahnya’ (Old Trafford)…- A.J
GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan