22 tahun yang lalu, Ryan Giggs melakukan
penampilan pertamanya untuk United dalam aksi liga sebagai pemain gantian ketika
menentang Everton di Old Trafford dan jika diturunkan ketika United menerima
kunjungan Norwich City malam nanti, bintang veteran itu bakal tampil untuk
perlawanan kompetitif ke-1000nya. Giggs tampil sebanyak 931 kali di peringkat
kelab untuk United, 64 kali untuk skuad kebangsaan Wales dan 4 kali untuk skuad
Great Britain di Sukan Olimpik London 2012 sekaligus menyaksikan bintang
veteran itu kurang satu perlawanan lagi untuk mencapai angka 1000. Giggs baru
sahaja menandatangani lanjutan kontrak selama setahun bersama United sekaligus bakal
menyaksikan bintang veteran itu beraksi untuk musim ke-23 dalam saingan
bolasepak England musim hadapan. Giggs berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam
saingan liga musim ini ketika menentang Everton tiga minggu lalu dan sekali
lagi menemui sentuhan jaringan ketika United menang 2-0 ke atas QPR di Loftus
Road minggu lalu sekaligus menyaksikan idola di Old Trafford itu muncul satu-satunya
pemain yang berjaya menjaringkan gol selama 22 musim berturut-turut sejak tampil
buat pertama kalinya pada 2 Mac 1991. 168 gol yang dihasilkan Giggs setakat ini
menyaksikan beliau memintas kedudukan Mark Hughes di tangga ketujuh dalam
senarai penjaring gol sepanjang masa United. Dengan kedudukan United yang
memiliki kelebihan 12 mata di tangga teratas liga, Giggs tampak berpeluang
memenangi pingat kejuaraan Liga Perdana buat kali ke-13 selain berkemungkinan
menang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.
Segala catatan unik sudah dilakukan Giggs
sepanjang karier 22 musimnya bersama United dan bintang veteran itu berpeluang
muncul pemain ketiga selepas Tony Ford dan Graeme Alexander yang berjaya
melakukan penampilan melebihi angka 1000. Dalam era bolasepak moden,
satu-satunya pemain yang sebanding dengan Giggs adalah Paola Maldini yang
begitu fantastis bermain selama 25 musim untuk AC Milan. Sebaik saja Maldini
mengumumkan persaraannya, pihak pengurusan Milan memberikan penghormatan kepada
lagenda mereka itu apabila tidak lagi menggunakan nombor 3 yang pernah
digunakan Maldini dalam skuad mereka. Milan menjanjikan bahawa nombor 3 akan
hanya diberikan kepada salah seorang anak Maldini jika mereka berjaya menyertai
skuad utama Rossoneri. Mana mungkin
nombor 3 pada jersi jalur merah dan hitam yang pernah digunakan lagenda Milan
itu selama 25 musim dicetak dengan nama selain Maldini. Mungkin pendekatan yang
sama boleh dipertimbangkan United bagi menghormati Giggs selaku lagenda mereka pada
hari terakhirnya menyarung jersi nombor 11 The
Red Devils. Maldini akhirnya bersara selepas bermain buat kali ke 1,028
pada usia 41 tahun tetapi Giggs akan hanya berusia 40 tahun November ini dan
punya tempoh sekurang-kurangnya semusim lagi untuk beraksi. Jadi beliau
berpeluang cerah melepasi rekod penampilan 1,028 milik Maldini. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan