Tindakan Paul Scholes yang kembali dari persaraan bulan lalu nyata menjadi panduan berharga buat Ryan Giggs. Scholes yang mengumumkan persaraan Mei tahun lalu melakukan pusingan `U' apabila dia kembali semula menyarung jersi Manchester United sebaik pintu perpindahan Januari dibuka. Menurut Giggs, bersara dari dunia bolasepak yang telah menaikkan namanya adalah satu keputusan yang paling sukar untuk dibuat. Untuk itu, Giggs tidak mahu terlalu terburu-buru mengambil keputusan bersara biarpun usianya kini sudah mencecah 38 tahun. "Bersara dari bolasepak adalah satu perkara yang sukar. Keputusan itu harus dibuat pada saat yang tepat apabila saya mulai merasa perbezaan dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain", kata Giggs. Minggu lalu Giggs bersetuju menyambung kontrak bersama United untuk tempoh semusim lagi yang akan menyaksikan beliau bakal beraksi untuk musim ke-22 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Secara peribadi, Giggs berpendapat keputusan Scholes menggantung but akhir musim lalu merupakan satu kesilapan yang besar. Walau bagaimanapun kepulangan semula Scholes ke pangkuan pasukan nyata melegakan Giggs. "Scholes perlu melupakan perkara itu. Saya, Gary Neville dan yang lain merasakan dia terburu-buru mengumumkan persaraannya. Kami mahu dia mempertimbangkan semula keputusannya dan akhirnya Scholes menerimanya". Scholes yang bersara sebaik musim lalu berakhir mengejutkan rakan-rakan sepasukan dan penyokong-penyokong United apabila dia mengambil keputusan untuk kembali bermain semula. Penampilan semula Scholes bersama United ialah ketika pertembungan pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester City di Stadium Etihad. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan