Kem Manchester United bakal mendapat suntikan semangat tambahan menjelang pertembungan dengan Liverpool, Sabtu ini selepas Tom Cleverley diberitakan cergas sepenuhnya dan sedia disenaraikan dalam kesebelasan utama. Minggu lalu, pemain tengah berusia 22 tahun itu disenaraikan dalam skuad simpanan United yang akan berhadapan dengan Chelsea di Stamford Bridge namun perlawanan itu terpaksa ditangguh kerana cuaca buruk. Kepulangan semula Cleverley yang diketepikan sejak 29 Oktober lalu kerana kecederaan lutut bakal menyuntik tenaga tambahan di bahagian tengah United menjelang kunjungan seteru tradisi mereka itu di Old Trafford hujung minggu ini. Prestasi baik Cleverley di awal musim turut mendorong bekas pengurus England, Fabio Capello menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan England. Kembalinya semula Cleverley dalam skuad pastinya membuat Sir Alex Ferguson tersenyum lebar dalam usaha mereka terus memberi tekanan kepada pendahulu liga ketika ini, Manchester City. Ferguson yang sebelumnya menghadapi krisis kecederaan pemain tengah kerana kehilangan khidmat Anderson dan Darren Fletcher sehingga akhir musim terpaksa memanggil Paul Scholes kembali semula dari persaraan. Selamat kembali Cleverley! Glory Glory Manchester United!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan