Old Trafford adalah destinasi berpotensi buat Luka Modric jika dia meninggalkan Tottenham Hotspurs musim panas ini. Perancang Spurs itu itu dikatakan memberitahu teman rapatnya bahawa dia gembira berada di White Hart Lane, tetapi Old Trafford adalah destinasi yang sukar untuk ditolak jika dia berhijrah musim depan. Chelsea yang membuat dua tawaran bagi mendapatkan Modric musim panas lalu, kini bukan lagi pilihan utama perancang antarabangsa Croatia itu. Situasi tidak menentu skuad The Blues itu di bawah bos baru mereka, Andre Villas Boas menyebabkan Modric lebih senang memilih Old Trafford berbanding Stamford Bridge. Chelsea juga bakal berdepan kehilangan tempat mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan jika prestasi buruk mereka berterusan hingga ke penghujung musim. Meskipun menikmati musim hebatnya bersama Spurs ketika ini, kemampuan kelab dari Utara London itu mengekalkan Modric turut bergantung kepada kedudukan Harry Redknapp sebagai pengurus mereka. Redknapp ketika ini disebut-sebut sebagai calon paling hangat mengisi jawatan pengurus England yang dikosongkan Fabio Capello. Pemilik Spurs, Daniel Levy berjaya menghalang percubaan Chelsea memikat Modric musim panas lalu, tetapi jika Redknapp bertindak menerima tawaran FA untuk jawatan pengurus England, Levy pastinya berdepan tugas getir dalam usahanya mengekalkan Modric di White Hart Lane musim depan. Modric ditandatangani Juande Ramos musim panas 2008 telah melakukan 141 penampilan dan menjaringkan 16 gol untuk Spurs hingga setakat ini. Dia juga adalah pemain penting skuad Redknapp yang ketika ini yang muncul antara pencabar utama dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan